Sayonara... Windows!


Salam buat hadirin hadirat yang datang berkunjung, salam ceria buat anda.



Ini adalah kesinambungan kisah saya berkenaan saya yang dah lama tak berblog. Dalam masa ber'cuti' tu selain bagi menyiapkan projek video tutorial cara membina website yang di jadikan e-book, saya juga belajar berbagai perkara. Sepertimana saya telah beritahu sebelum ni, komputer saya telah down. Jadi apabila komputer saya tu sakit, saya kenalah beli 'pil' dia... - Battery CMOS. Sebab biasanya sesebuah komputer yang melebihi hayat 5 tahun memang dah patut tukar bateri tersebut. 

Bila tukar, keadaan kembali bertambah baik. Cuma saya dapat rasakan pihak Microsoft mahukan saya bertukar kepada OS (Operating System) yang lebih terkini paling tidak pun Windows 7. Hoho.. Tambah duit tu.. Bukanlah kedekut, tapi nak jadi pengguna dan usahawan SOHO yang bijak, saya perlu cari satu sumber alternatif terbaik. Dan itu juga adalah salah satu perkara yang saya nak jadikan jenama buat diri saya iaitu menggunakan wang yang ada kepada perkara-perkara yang perlu dan penting dengan gunakan dari sumber yang sedia ada. 

Pada waktu ini saya masih gunakan Vista. Seolah-olah (betul kot) diorang taknak support lagi OS yang saya gunakan ni walau Vista tu bukanlah ketinggalan zaman sangat, lagipun ori tu... Jadi saya merasakan komputer saya masih kurang stabil dan dia buat hal lagi. Tak boleh jadi nih.. Jadi bila saya dapat on semula komputer ni saya cuba alternatif lain iaitu menggunakan OS dari cabang Linux.. jeng jeng jeng... Saya gunakan UBUNTU 12.04 LTS kerana dia support sampai tahun 2017. Lantas saya pun memuat turun dan jadikan dia installer dalam CD. 

Dengan perasaan yang masih geram kat Windows bercampur baur dengan pengharapan agar usaha saya ini berjaya dan berbaloi dengan menggunakan UBUNTU, saya pun membuat kerja-kerja pemasangan OS baru ni dan gantikan terus Windows. Taknak simpan-simpan lagi dah. Saya tak risau sebab UBUNTU ni PERCUMA je. Yang saya risau adakah saya mampu faham dan membuat kerja-kerja saya di dalamnya dalam masa yang sama saya harapkan komputer saya sihat walafiat (tanpa virus dan sebagainya). 

Rupa-rupanya saya tidak keseorangan(kesunyian daa) kerana kalau ada permasalahan yang timbul akan di support oleh rakan-rakan dari forum UBUNTU tu sendiri. Alhamdulillah sekarang saya faham penggunaannya. Mudah je sebenarnya, macam kita dulu-dulu mana nak faham penggunaan Windows betul tak? Ada plak saya dengar takut-takut nak gunakan komputer. Ia tak jauh berbeza. Bagi saya ia lebih mudah kerana saya telah faham OS ni. 

Sekarang anda faham tak  apa itu UBUNTU? Mungkin ada antara anda yang tak pernah dengar berkenaan dengannya sebab kepala hotak kita dari awal lagi dah faham yang komputer tu mesti ada Windows dan Windows itu komputer. Sebab tulah itu adalah salah satu sebab kenapa Bill Gates tu jadi orang yang terkaya sekali di atas muka bumi ni.

Apa yang best berkenaan UBUNTU? Antaranya...

  • Ia adalah FREE tiada agenda tersembunyi.
  • LibreOffice macam Microsoft Office. Boleh save as kepada bahagian-bahagian Microsoft Office. Ia adalah percuma boleh print untuk fail PDF lagi.
  • Ia dibina atas komuniti yang faham masalah pengguna yang kurang berkemampuan memiliki OS Original berbayar. So tiada masalah curi, pirate dan lain-lain berkenaan dengannya. Mencuri tak baik ooo...
  • Lebih ringan dan laju!
  • Kebal lagi dengan masalah Virus.. Walau bagaimanapun saya juga siapkan antivirus di dalamnya sebagai langkah berjaga-jaga.
  • Dan.. Apa lagi ekk? Dan macam-macam lagi la yang penting bestlah kerana guna tanpa was-was.. huhu..


Ok setakat itu dulu perkongsian baru dari label yang baru juga dari saya. Semoga ilmu ini bermanfaat...

Adios...

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...