Personal Coaching - Bimbingan Peribadi - Chatting

Salam ceria semua!


Kalau nak cerita apa niche bisnes saya, saya hanya memberitahu niche saya dalam bisnes SOHO adalah dalam bidang bimbingan. Ia termasuklah dalam bidang penulisan dan website untuk bisnes online - internet. Ini kerana tugas saya adalah untuk membimbing. Itu lah minat saya.

Kalau anda tengok pada halaman Servis N Produk edisi terkini ni atau halaman Profil saya sudah kecilkan lagi produk dan servis saya kerana mahu lebih niche dan tumpuan untuk mengekalkan label SOHO tu. Kalau tak saya mesti akan upah pekerja tetap dengan membuka syarikat sendiri. Bila dah lebih dari dua orang pekerja dah tak boleh dipanggil SOHO lagi dah. Itulah syarat bagi mereka yang mahu menjalankan bisnes di rumah.

Kini tumpuan adalah kepada Personal Coaching atau dalam bahasa melayu bunyinya akan menjadi Bimbingan Peribadi. Ia akan di buat secara offline atau online. Banyak persoalan yang saya lihat. Contohnya berkaitan bagaimana nak mulakan bisnes. Di mana-mana pun termasuk dalam forum online mereka akan bertanya. Cuma di forum tu soal jawab tu berlaku perlahan dan memakan masa. Tak seperti kita bertanya terus kepada pakar. Saya akan kongsikan sedikit persoalan yang biasa dilontarkan dengan maksud yang sama seperti di bawah...

Saya takde modal, bagaimana saya nak buat bisnes?

Yang pertama anda perlu tahu anda suka bisnes yang macam mana. Jenis yang anda minat. Dan berapa modal yang ada di tangan. Maksudnya juga yang ada dalam simpanan anda.

Saya suka bisnes internet dan minat dalam design website. Cuma saya tak ada pengetahuan dan tak tahu kos nak belajar dan mulakan bisnes.

Kos untuk bisnes ini tak mahal. Boleh guna modal yang sedia ada mengikut bajet anda. Ok di bawah ni saya sediakan langkah demi langkah untuk anda mulakan....................

Lebih kurang begitulah sesi chatting yang dijalankan. Kadang-kadang saya guna medium facebook aje kerana ramai yang tak biasa guna Yahoo Messenger atau Skype. Takpe ikut keselesaan pelanggan...

Ia lebih kurang anda berjumpa dengan jururunding bisnes je... Cuma kali ni ia berlangsung secara online. Sebenarnya kos bagi personal coaching yang khusus ia memakan bajet yang besar dari RM500 ke ribuan ringgit. Tapi kalau coaching dari saya, tak pernah cecah sebanyak itu (setakat ni la..). Kalau 1 jam tu saya kira RM10 je itu dah kira murah sesangat le. . Itu mesti time offer je tu.. hehe..

Ilmu ni sangat mahal harganya tidak ternilai dengan wang yang dilaburkan. Kalau kita mahu berjaya kena ada ilmu. Dalam bidang online ni saya juga pernah berguru dengan sifu internet saya Dr. Irfan Khairi. Dia ni kira otai bisnes internet la kat Malaysia. Kira jutawan internet terawal dan terglamer la pada waktu tu.. Saya bukan sahaja laburkan kira-kira lebih RM800 untuk kelas dan produk beliau malah personal coaching juga. Berapa? Huhu tak ingat. Tapi bila dicampur-campur lebih seribu hinggit juga saya dah laburkan semata-mata kerana ilmu.

Anda bagaimana? Dapatkanlah ilmu sehingga ke liang lahad. Pahala bagi mereka yang menuntut ilmu. Ayat yang pertama turun kepada Nabi Muhammad SAW pun berkenaan ilmu. Jom bersemangat mencari ilmu!

Ok sehingga ketemu lagi ya.. daaa..

Adiosss...

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...