Jangan Kecewa kerana Kejayaan masih Terbuka

Bismillah...

Imej dari Pengajar.info

Baru-baru ini keputusan SPM telah pun diumumkan. Yang mendapat keputusan cemerlang tu berasa sangat gembira. Ibu dan Ayah turut berasa bangga dengan kejayaan anak mereka yang mendapat keputusan cemerlang.

Lain hal pula bagi yang tidak mendapat keputusan yang membanggakan. Pelajar berduka apatah lagi ibu dan ayah. Nak cakap kat sedara pun terasa malu dan kalau boleh mengharapkan sedara mara tak bertanya langsung pun tak apa.

Pengalaman saya, ada ibu dan ayah yang memberikan tekanan buat anak mereka agar dapat keputusan yang mereka mahukan sehingga pelajar tersebut sakit kerana tekanan yang teramat sangat. Ada juga yang mengalami kemurungan (sakit mental) kerana mereka tidak mampu mencapai ke tahap apa yang ibu bapa mereka mahukan. 

Imej dari Mynewshub.my
Kepada ibu-ibu dan bapa-bapa, janganlah memberikan tekanan kepada anak-anak. Setiap orang punyai tahap dan kelebihan masing-masing. Mungkin mereka tidak bagus dalam bidang akademik tetapi mereka bagus dalam bidang berbentuk kemahiran atau vokasional.

Semalam saya ke kedai gunting rambut. Brader yang punya kedai gunting tu bila berbual-bual mengatakan anak beliau juga mengambil SPM. Tapi katanya keputusan anak beliau kurang cemerlang. Saya cakap kat dia, "Bang, jangan risau kalau abang tengokla kan, orang yang masuk universiti ramai makan gaji dengan orang yang tak pernah pun masuk universiti.." Dia balas, "Oh, betul jugak, ada sorang kawan saya tu belajar tak pandai, sekarang lori besar-besar pun dia dah ada. Kalau kat lebuhraya tu banyak lori dia saje.." Rupa-rupanya abang tukang gunting rambut ni pun ada pengalaman yang sama.

Jadi, moral of the story, jangan kecewa, jangan putus asa. Kalau rasa nak ulang semula ambil SPM pun bagus. Kalau rasa tak boleh belajar dalam bidang akademik ni sekarang bidang kemahiran pun ada. Kalau nak buat bisnes, yang membimbing pun ada (ehem.. ehemm..)

Kita perlu berani dan rajin. Walau tak pandai dalam bidang akademik, masa depan kita masih lagi cerah.

Jumpa lagi... Adios!

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...