Pemasaran 4 P

Bismillah...Salam khabar pembuka hari (hari bekerja huhu..). Apa khabar semua?

Kita sambung berkenaan bab PEMASARAN ok?

Apa yang penting kita ambil berat berkenaan pemasaran? Terdapat empat perkara berkenaan pemasaran yang kita kena berikan perhatian. Untuk mudah ingat, kita panggil sebagai "Pemasaran 4 P".


1. Produk. Apakah produk kita benar-benar diperlukan pelanggan dan dapat menandingi produk pesaing-pesaing kita? Fikirkan juga bilakah ia tidak lagi relevan atau ketinggalan zaman. Ini penting untuk kita buat perhatian. Kerana ia adalah penyebab berlakunya pembelian kepada produk kita.

2. (Price) - Harga. Kaji berkenaan harga yang munasabah untuk sesuatu produk. Contoh produk mewah kita tak mampu nak letak harga murah. Tetapi sesuatu produk itu perlu munasabah dengan harganya kalau letak terlalu rendah berapa margin keuntungan yang kita akan dapat? 

Kita perlu melihat juga kepada harga pesaing. Untuk bersaing dari segi harga kita perlu memikirkan dari mana kita perlu kurangkan samada dari segi kualiti atau kuantiti produk kita atau perkhidmatan kita itu bagi menyaingi pesaing. Jika nak naikkan harga boleh sahaja tetapi perlu menambah kualiti atau kuantiti yang kita mampu sediakan. Kemudian kita tonjolkan kelebihan produk atau perkhidmatan kita.

(Place) - Tempat/lokasi. Di mana kita menjalankan bisnes kita? Adakah ia sesuai, strategik, mudah keluar masuk kenderaan, ramai orang, mudah di lihat dan lain-lain berkaitan?

Promosi. Tiada guna produk yang bagus tetapi tidak ada orang yang mengetahui dan mengenalinya. Bagaimana nak buat promosi? Antaranya  sebagai contoh adalah dengan mengedarkan brosur yang menarik perhatian orang ramai. Di internet seperti di facebook, laman web, blog, forum online dan laman sosial lain. Banyak lagi contoh serta teknik yang boleh dilakukan bagi promosi. Dalam perbincangan kali ini tak dapatlah saya huraikan dengan panjang lebar.

Itulah dia Pemasaran 4 P. Jadi senang nak ingat apabila kita nak buat pemasaran dengan mengambil perhatian kepada empat perkara di atas.

Sehingga bertemu lagi yo! Adios...

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...