Nak jadi usahawan sepenuh masa? Nanti dulu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Apa khabar sahabat! Ada tak di kalangan anda yang masih bekerja makan gaji tetapi sudah mempunyai matlamat nak berhenti kerja dan jadi usahawan sepenuh masa?

Saya ada beberapa nasihat untuk jadi seorang usahawan yang berjaya sebaik sahaja anda bersedia berhenti kerja sepenuh masa.



Jadi seperti pemilik syarikat

Bermakna anda kena jadi BOSS dulu di tempat kerja sebelum jadi BOSS betul-betul nanti. Eh, macam mana pula tu?

Maksud saya bukanlah curi-curi duduk tempat boss anda ke, curi-curi tulang ketika boss anda tiada ke atau apa juga yang terfikir dek akal. 

Wuiihhh.. Ni nak bagitau la ni. 

Anda tahu bagaimna cara pengusaha syarikat anda bekerja tu macam mana tugas dia sebenarnya? Sebenarnya bukanlah dari sifat dia yang suka mengarah-arahkan orang.. Kalau anda buat macam tu kat rakan-rakan kerja lain,(yang sama level ke atas laa..) memang nak cari nahas le jawabnya...

Jadi apa yang saya maksudkan adalah agar anda rajin bekerja seolah-olah anda lah pemilik syarikat tempat anda bekerja. Berikan lebih seratus peratus komitmen anda pada kerja dalam waktu yang ditetapkan syarikat anda. Berikan yang terbaik baru anda dapat keberkatan dalam mencari rezeki dan tidak ada lagi masa untuk meng'ular'. 

Ini adalah tips atau nasihat saya sebab jika anda mencuri masa bagi dihabiskan dengan perkara selain kerja ia akan jadi habit iaitu amalan yang sukar di delete dari diri kita. Jadi bagaimana nanti jika anda telah berhenti kerja dan mahu membuka sebuah perniagaan? "Alah, nanti tukarla tabiat tu..." Tak semudah itu kawan... 

Sebelum kita berhasrat untuk jadi seorang usahawan, tukar siap-siap tabiat buruk kita sewaktu bekerja makan gaji. Biasakan dengan amalan bagi seseorang yang sangat berdedikasi, amanah, rajin, tidak memilih kerja, tidak merengus bila dapat kerja(sebab nanti bila anda jadi usahawan, bila dapat bisnes maka itulah 'gaji' bagi kita), jadilah seorang yang sentiasa bersemangat dan... Apa lagi ekk? Ye lah, berikanlah yang terbaik kepada tempat anda bekerja tu dulu seolah-olah ia adalah syarikat anda sendiri. Nanti bila anda telah berhenti kerja boss anda dulu mesti teringat kat anda dan bercerita perkara-perkara yang baik sahaja berkenaan anda. Bukan ke seronok bila kita dapat berita yang macam tu?

Dah untuk setakat itu jugalah dulu tips untuk kali ini...

Ok, adiossss...

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...