Bisnes dan Pemasaran

Salam ceria semua dan salam pembuka kata,


Ok, kali ni saya nak bercakap berkenaan pemasaran. Pemasaran ni luas kalau kita nak huraikan. Tengoklah kalau banyak kita akan buat bersiri nak?

Siapa sahaja kalau bab pemasaran ramai yang lemah termasuk para peniaga yang dah bertahun memulakan bisnes. Ada yang terpaksa mengupah orang lain untuk membuatkan untuk bisnes mereka. Pemasaran ini sangat penting. Tak guna kalau ada produk yang berkualiti atau servis yang bagus tetapi orang ramai tidak tahu berkenaan dengan bisnes kita.

Ramai orang menyangka pemasaran adalah pengiklanan semata-mata. Manakala pegawai pemasaran bertugas untuk menyediakan brosur dan menjaga laman web. Pandangan ini hanyalah sebahagian dari pemasaran.

Definisi Pemasaran Klasik
Memenuhi keperluan pelanggan pada harga yang menjana keuntungan.

Definisi yang sepatutnya...

  1. Mengusahakan apa yang pelanggan perlu /mahu buat masa sekarang dan masa akan datang. 
  2. Pemasaran juga sepatutnya mampu menyampaikannya kepada bakal-bakal pelanggan berkenaan kelebihan produk atau servis(perkhidmatan) dan berjaya meyakinkan mereka supaya membelinya.


Ok, cuba fahamkan dan kalau perlu baca berulangkali agar sentiasa ingat. Kalau ingat, bila kita nak buat bisnes kita akan terfikir semula strategi bagi melariskan perniagaan kita. Kita tak mahu lagi buat pekerjaan yang sia-sia. Buang masa, tenaga dan wang ringgit. Tetapi ilmu tidak ternilai untuk dibeli wang ringgit. 

Ok sampai setakat ni dulu, mungkin tajuk pemasaran ni kita akan sambung lagi waktu lain inshaAllah...

Adios...!

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...