Saya akan bercuti dari menulis blog

Salam kepada pembaca setia dan pengunjung blog ini dan terima kasih saya ucapkan.

Dari tajuk di atas, jelaslah itu yang saya maksudkan. Bagi saya ia amat rugi kerana tidak dapat menyebarkan ilmu yang bermanfaat untuk pembaca. Apa alasan saya tidak dapat menulis di blog ini buat sementara waktu ni adalah kerana saya mahu fokus! Saya perlu fokus untuk menghasilkan buah tangan terbaik bagi pencinta ilmu juga projek-projek yang tertangguh sejak sekian lama. Selain dari itu saya memperuntukkan seminggu bagi membawa keluarga saya makan angin - sampai kembung dengan angin.. hehe.. 

Kerja-kerja yang perlu di siapkan antaranya...
  • Menulis e-book berkenaan perniagaan.
  • Menambah produk alternatif untuk web saya di cara membina website iaitu dari video tutorial ke e-book. Pada masa ini mungkin tawaran harga video tutorial tidak dapat lagi dipertahankan. Erkk. ye ke? Mungkinlah.. :)
  • Kemaskini blog dan web yang saya ada.
  • Membuat rangka menulis buku.
  • dan lain-lain yang berkaitan bisnes.

Huhu.. dapat ke di siapkan dengan segera nih? InsyaAllah, doa-doakanlah ye.. 

Saya menjangkakan blog penulisan ini akan bermula semula pada awal tahun baru 2013.

Walau bagaimanapun, saya akan menulis lagi selagi diberikan Allah swt umur yang panjang, masa, tenaga , rezeki dan kesungguhan dalam menulis.

Kepada anda yang bercita-cita nak mulakan bisnes, sediakan matlamat yang jelas. Tulis dan letakkan di tempat yang selalu kita berada. Buat keputusan yang semasak ranumnya bersesuaian dengan kecenderungan kita, rangka dan sasarkan kepada pelanggan sasaran beserta tarikh bagi disiapkan. Yang penting yang akan membezakan anda dengan orang biasa adalah tindakan anda. Anda tidak bertindak, apakah lagi sesuatu yang anda harapkan perubahan yang boleh berlaku ke atas diri anda?

Ok sekian sahaja untuk kali ini berjumpa lagi kita pada waktu yang saya beritahu tu, ingat ye mungkin cepat dan mungkin terlambat dari jadualnya hanya Allah saya berharap kerana saya telah pun berusaha dengan apa yang saya mampu.

Saya boleh dihubungi juga di sini www.facebook.com/jaigoku

Adios!

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...