Produk Baru 2013

Salam sejahtera kepada para pembaca budiman...

Fuhhh.. Lama betul saya tidak update blog ni. Apa yang saya janjikan juga turut tergelincir dari garisan tarikh yang sepatutnya. Habis apa nak buat sebab saya cuba sedaya upaya saya untuk mula menulis semula blog ini tapi keadaan tidak mengizinkan. Satu kelemahan saya adalah apabila ada projek yang hendak dibuat maka saya perlukan fokus, kalau tak saya akan lagho (meminjam dari kata-kata Ustaz Azhar Idrus). Salah satu sebab lain adalah berkenaan komputer utama saya telah down, laptop saya pun begitu, terus tak dapat pakai. Inilah ujian yang saya perlu bersabar ke atasnya. Nak pakai tablet? Saya tak biasa menulis blog di tablet saya.. huhu..


Apa yang jadi buah tangan untuk tahun baru ni? Atas sebab projek inilah saya stop aktiviti ber-online. Atas sebab ini juga saya dah lama tak ber-fb dan ber-twitt.. Rugi rasanya tak dapat curahkan ilmu. Apakah produk itu? Produk tersebut adalah produk cara membina website... Ya dari laman web yang sama tetapi kali ini dia telah bertukar wajah. Produk dulu video tetapi kini sejak semalam iaitu pada 21hb Februari 2013 produk ini telah ditukar ke versi e-book.Tetapi saya letakkan di dalamnya pakej-pakej ebook lain. Sebab itu gambarannya kotak bukan berbentuk buku. Anda boleh klik di sini untuk ke laman web baru URL yang sama tu...

Laman web ni baru lagi. tak banyak yang dapat saya masukkan dulu. Hanya saya fikir yang penting sahaja dapat saya hidangkan buat anda selain harga pun saya tetapkan dengan kadar yang rendah je.. Ye.. RM 20 je...

Untuk makluman anda blog ini saya cadang untuk menukar sedikit penampilan dan jenamanya. Masih lagi tak lari dari ilmu bisnes. Itu pun kalau saya rasa ia sesuai nanti. Kalau saya tukar lagi banyak yang saya kena edit. Ini pun saya kena edit beberapa perkara, skop kerja dan produk yang out of date.

Saya harapkan doa dari rakan-rakan untuk buat yang terbaik. That's all.. Eh, ter-omputih plak.. Salam ceria dan jumpa lagi...

Adios!




0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...