PERCUMA! Ada ke yang percuma?

Salam semangat memulakan hari baru. Alhamdulillah syukur kerana hari ini 8hb Oktober 2012 saya dapat anak saudara baru yang baru dilahirkan jam 4 pagi tadi. Semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh serta tinggi ilmunya dan berbakti kepada kedua orang tuanya.. Aminnn..

Hari ini kupasan saya berkaitan dengan percuma. Dapat ke sesuatu itu diperolehi dengan percuma manakala bagi peniaga dapat tak kiranya memberikan yang percuma buat pelanggan kita. Ada orang kata "Mana ada yang PERCUMA dalam dunia ni... nak masuk tandas pun kena bayar!" Aishh.. Ada... Dalam kehidupan kita ni hari-hari kita dapat percuma... Apa dia? 

Ye la kita hirup udara ni masih lagi PERCUMA, dapat hidup sihat dan kenikmatannya PERCUMA, dapat melihat PERCUMA, huiii... banyak lagi yang kita dapat PERCUMA.. tak ingat? Itulah tandanya kita perlu bersyukur kepada yang Maha Pencipta kita dan alam ini. Bagi sesama manusia juga masih ada yang percuma. Saya bahagikan ia kepada 5 jenis yang diberikan secara PERCUMA oleh manusia.

  1. Dipromosi untuk memberi secara percuma adalah bertujuan untuk menipu pelanggan. Apabila sudah capai sasaran yang dikehendaki maka operasi akan segera dihentikan. Biasanya yang berlaku adalah kepada 'bisnes' skim cepat kayap. Antara teknik yang biasa dilakukan adalah dengan teknik melabur terlebih dahulu dan yang percuma (nilai yang lebih besar) akan diberikan selepas pelaburan mengikut syarat-syarat tertentu. Yang ini sepatutnya kita tidak mudah tertipu. Bagaimana wang yang disimpan tanpa urusniaga dapat digandakan?
  2. Diberikan secara percuma sesuatu produk atau perkhidmatan itu hanyalah sebagai bentuk promosi dan penjenamaan bagi dirinya atau perniagaannya.
  3. Memberikan secara percuma kerana telah pun ditaja atau dibiayai oleh pihak kerajaan dan badan NGO. Mungkin sudah ada tujuan yang perlu dilaksanakan.
  4. Memberikan sesuatu secara percuma adalah untuk mendapatkan maklumat pelanggan/bakal pelanggan bagi projek niaga pada masa akan datang dengan berbagai teknik untuk meramaikannya.
  5. Haa.. yang ni paling real! Diberikan secara percuma adalah semata-mata ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu kepada sesama manusia.

Sesuatu yang diberikan selalunya atas maksud yang tertentu. Kita sering terpedaya dengan promosi atas tiket percuma ini. Kalau atas tujuan perniagaan yang dibenarkan dan pelanggan tahu akan tujuan itu tak mengapalah. Apa yang tak sepatutnya berlaku ia bertujuan menganiaya pelanggan. Jika penipuan itu dijalankan di internet atas nama perniagaan internet maka sedikit sebanyak peniaga-peniaga yang jujur di alam cyber juga akan terpalit sama.

Dalam kes lain, ada perkara yang disembunyikan sebagai contoh kita terpesona dengan perkara percuma yang dijanjikan tetapi apabila sampai ke tempat tersebut ada perkara yang lain yang kena bayar. Bermakna kita telah terperangkap dalam rancangan mereka.

Dalam perniagaan MLM (multi level marketing) yang pernah saya ceburi dahulu (sekarang tak..)  memanggil dan mengumpulkan orang ramai atas tujuan diberikan seminar perniagaan percuma tetapi akhirnya mereka akan memperolehi dengan lebih mudah downline mlm mereka.

Terdapat banyak cara dan banyak sebab tetapi akhirnya duit ter'paksa' dikeluarkan. Sebagai rumusannya tidak banyak perkara yang dapat diberikan percuma, tidak ada jalan pintas untuk menjadi kaya dengan segera. Kita mudah terpedaya, mudah terkena berulang kali dengan hanya model yang diubah sedikit dari yang dahulu. Jadi berhati-hatilah dan berfikir. Jangan kerana sifat tamak kita jadi lupa. Adalah lebih baik jika kita laburkan pada syarikat yang sudah dikenali seperti dibank-bank tempatan. Kalau nak buat pelaburan emas pun mereka ada sediakan. Cubalah bertanya.

p/s : Saya sangat tertarik dengan promosi Dr. Azizan Osman yang mengajak orang ramai untuk datang seminar percuma tetapi perlu datang 3 orang. Kalau datang seorang akan di caj RM50.00. Saya terasa nak hadiri seminar tersebut. Kalau tak dapat cari member yang dapat pergi saya akan cari lagi dua orang di sana. Amacam best tak idea? hehehe...

Adios!

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...