Online... Lama tak nampak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Huhu.. Banyaknya sarang labah-labah di sana sini..... Ni tengah dok bersihkan sarang labah-labah la ni sebab dah lama tak berblog...  Ia berterusan dari sebelum raya sampai dah nak habis raya dengan kerja-kerja pembersihan dan ubah suai rumah. Puasa enam ni tak tahulah dapat disempurnakan ke tidak tinggal lagi beberapa hari lagi dipenghujung Syawal ni.. Oh...

Maafkan saya sebab dah lama tak menulis di alam maya ni. Dari segi batin, saya pun rugi kerana tak dapat pahala free... Ini blog, di facebook yang saya aktif pun saya tak jengah dekat 2 bulan. Mesti ada juga yang nak tahu apa projek saya lakukan sebelum puasa dan sepanjang Syawal 2012 ni. Bagi mereka yang membuat bisnes online, ini tips nya; Jangan tinggalkan terlalu lama medium sosial seperti fb, twitter, termasuklah blog dan forum. (2) Konsisten.

Sebenarnya tiada apa-apa projek besar pun... Nak kata berniaga bermusim di bazar Ramadan pun tak. Tiada kaitan dengan bisnes pun. Dahulu semasa bekerja makan gaji, tugas saya adalah memperbaiki kerosakan dan selalu juga membuat pengubahsuaian pada peralatan rumah dan kilang manakala bisnes internet dan seni merupakan hobi dan pendapatan sampingan yang dibuat secara sambilan. Kini ia telah bertukar di antara keduanya yang mana bisnes internet dan SOHO adalah sumber bisnes sepenuh masa. 

Sepanjang bulan Ramadan ia lebih banyak menjadi kerja amal sahaja. Nak kata sibuk sangat tak la sibuk, cuma perasaan untuk ber online telah dibataskan. Saya juga dalam proses membuat buku/ebook baru. Jadi sebelum tu kena buat satu kajian, pemerhatian dan sebagainya. Jadi ia memerlukan satu pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang masuk untuk perniagaan. Tajuk ebook? Surprise...! Hehe.. Pastinya jika siap akan saya war-warkan di blog ni. Harap-harap sempurnalah ebook tu dan disiapkan.

Adhoiii..yaiii... Saya sebenarnya nak buat post lain, cerita berkenaan kenapa saya tak ber online ni sekadar sampingannya je.. huhuhu.. Tak pelah insyaAllah saya akan berblog lagi esok lusa dengan tajuknya 'Untungnya Menjadi Pakar dalam Bisnes' (Hanya tajuk cadangan selepas pos ni...)

Adios!

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...