Proses Jualan Online - Produk Fizikal

Jika anda seorang pelanggan

  • Adakah anda seorang yang berhati-hati dalam membuat belian secara online
  • Adakah anda pernah tertipu?
  • Adakah urusan ini begitu banyak masalah buat anda? 
  • Apakah yang anda harapkan semasa membuat pembelian secara online?


Jika anda seorang pengusaha bisnes online

  • Adakah anda seorang yang cuba untuk membuat penipuan dalam perniagaan? Atau..
  • Adakah anda seorang yang jujur? 
  • Adakah anda sudah memberikan servis yang terbaik buat pelanggan anda? 
  • Adakah anda sudah menyediakan dengan lengkap proses jualan kepada pelanggan?


Semua itu memang banyak yang berlaku dalam urusan jual beli secara online. Kadang-kadang bagi pelanggan  yang pertama kali membuat transaksi secara online dan berasa tertipu akan menganggap bisnes online adalah semuanya sama. Memang tidak adil untuk melabelkan semua peniaga internet begitu sedangkan di luar sana sama sahaja keadaannya. 

Tapi bagi kebanyakkan otai-otai bisnes online mereka tiada masalah dengan urusan penyediaan ini kerana mempunyai ilmu dan pengalaman dalam urusan bisnes online terutama dalam bentuk produk fizikal. Apa yang menjadi masalah adalah kepada mereka yang tak pernah tahu, tak pernah berurusan di internet tiba-tiba mahu mengambil peluang berniaga di internet. Selalunya banyak masalah berlaku terutama dari laman-laman percuma di laman sosial seperti di facebook, blog percuma, laman komuniti dan seumpamanya. 

Sebab apa berlakunya masalah? Masalahnya adalah seperti yang saya senaraikan di atas dan kurangnya ilmu untuk berniaga di internet. Bagi memudahkan pembeli dan menambahkan kepercayaan atau keyakinan pembeli, seorang peniaga yang berniaga di internet itu mestilah jujur dan mempunyai ilmu untuk membuat bisnes di internet. Banyak laman web yang boleh di tinjau dan dipelajari dengan mudah cara atau kaedah mereka melakukan penutupan jualan.

Biar jelas
Selepas memujuk atau memberi bunga-bunga jualan melalui sales letter, secara ringkasnya perkara terakhir adalah..

  • Memberitahu pelanggan berkenaan langkah-langkah belian
  • Bagaimana produk itu akan sampai dan berapa lama prosesnya
  • Jaminan untuk pelanggan - adalah sebagai memberi kepercayaan dan keyakinan. 
  • Sebagai tambahan anda boleh menyediakan - terma dan syarat

Sebagai pelanggan anda perlu lihat perkara tersebut di atas.

Bersistem
Biarlah urusan bisnes kita itu memudahkan pelanggan. Secara tak langsung akan memudahkan kita dan mungkin kita akan mendapat pelanggan yang sama yang akan membuat pembelian berulang. Saya pernah dengar cerita bagaimana pelanggan sudah membuat pembayaran dan menuntut barang yang dipesan tetapi peniaga tidak menyedari dan bertanya pula kepada pelanggan adakah pernah memasukkan wang ke akaun mereka. Memang itu biasa berlaku tetapi pertanyaan tersebut hanya sepatutnya berlaku apabila ada orang lain pula mempunyai niat untuk menipu.

Sediakan borang online/SMS.
Borang online adalah penting di mana sebagai peniaga online kita akan dapat melihat transaksi melalui bukti dari tarikh dan masa yang pelanggan lakukan. Kepada mereka yang tidak mahir, kini banyak cara yang disediakan dengan mudah di internet bagi membuat borang secara online. Saya juga ada menyediakan tutorial tersebut. Jika tidak dapat sediakan borang online tak mengapa, bagus juga jika anda ada sediakan panduan untuk SMS yang sistematik seperti contoh : SMS kan dengan menaip CD Tutorial <jarak> Nama Anda <jarak> Alamat Kiriman Anda <jarak> Bank, Tarikh & Masa dan kiriman ke....013-602XXXX.

Sediakan alternatif kaedah pembayaran
Dapatkan seberapa banyak cara bayaran yang boleh untuk memudahkan pelanggan. Seperti... 
  • Akaun-akaun bank yang aktif, 
  • Penggunaan bagi pembayaran kad kredit/debit secara online, 
  • Wang Pos/Kiriman Wang, 
  • Cheque 
  • dan sebagainya yang memungkinkan kemudahan pembayaran yang berbeza.

Tambahan kepada penjual/peniaga online
Jauhkan kebimbangan pelanggan anda dengan memberikan maklumat penghantaran melalui tracking no. atau parcel no. dengan mengirimkan melalui e-mel atau SMS sebaik sahaja kiriman telah di pos. Ini memungkinkan pelanggan anda bagi melihatnya secara online (jika anda mampu untuk melakukannya). Sebaik-baiknya anda mampu melakukannya.. :)

Kepada pelanggan, walaupun anda sangat teruja dengan tawaran di internet, lihatlah kepada perkara di atas. Sebagai peniaga, saya juga berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan untuk memperolehi kaedah yang terbaik buat pelanggan-pelanggan saya. 

Setakat ini sahaja penerangan ringkas yang tak seberapa ringkas ini dari saya dan saya akan kongsikan perkara lain lagi di sini di lain masa.. Oh ya, jika saya sibuk atau tidak menulis di sini, anda bolehlah melihat pautan blog saya yang lain yang saya sediakan diruangan sebelah kanan tu ye.. Wassalam.

Adios...

1 ulasan:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...