Pergilah melancong...

Pelancongan pertama bagi tahun 2012... Tapi masih lagi di dalam negara iaitu kali ini ke negeri Terengganu. Kali ni pergi ke Kemasik berhampiran Awana Kijal Resort. Yang kurang best tu saya tak dapat online.. Tempat penginapan saya tu tiada internet coverage. Huhu.. Takpelah.. nama pun pergi bercuti kan...

Selalu juga saya beritahu agar pergilah melancong. Tak mampu ke luar negara melancong dalam negara pun bagus. Masukkan budget melancong tu dalam tabungan kita sebagai rutin perbelanjaan tahunan kita. Di Malaysia ni banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Apa yang penting, kita dapat bergembira, menghilangkan tension dan penat bekerja sepanjang tahun, dan dapat belajar perkara baru. Bak kata orang-orang terdahulu, "Jauh perjalanan, luas pemandangan..."

Apakah yang dapat kita belajar? Sebagai seorang yang membuat bisnes dengan pergi melancong tu kita dapat cari kawan baru, prospek baru, rakan niaga baru, dapat idea bisnes baru, survey harga barangan dan mungkin dapat juga jumpa barang yang baru dipasaran. Susun rancangan dengan teratur agar kita dapat bergembira, tenang dan keuntungan untuk rancangan bisnes kita akan datang tu dalam satu pakej.
Lokasi : Awana Kijal Resort

Ok sampai jumpa lagi.. Sebab balik dari melancong ni kena sambung kerja bagi menyiapkan projek laman web orang lain.. 

Adios...!

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...