Jadilah pakar dalam bisnes anda

Salam ceria buat pungunjung blog hairizal.com;

Mood hari ni kurang sikit la sebab laptop saya rosak dan keyboard komputer saya pula buat hal jugak. Tak pe lah seperti yang dijanji saya akan menulis juga hari ni.

Ok, penting bagi seseorang yang ingin melangkah ke alam bisnes ni memilih bisnes atas kecenderungan dan bakat yang ada pada diri sendiri. Saya rasa pernah saya nasihatkan dahulu, memilih bisnes jangan memilih atas faktor wang/duit atau mahu cepat untung semata-mata dan seterusnya memasang impian menjadi kaya dengan cepat. Itu bukan minat namanya. Itu adalah minat kerana kita melihat keuntungan semata-mata lantas melahirkan kehendak untuk membuat bisnes tersebut. Itu bukan apa yang saya maksudkan.

Di pendekkan cerita macam ni lah. Jika kita seronok melakukannya walaupun kita tidak meraih untung dari apa yang kita buat, itu lah bisnes sejati bagi diri kita. Untung atau tidak itu yang perlu kita fikirkan kemudian samada kita tingkatkan usaha, merancang strategi yang lain, melihat lokasi bisnes, sasaran pelanggan dan lain-lain lagi. Yang pertama kita perlu tahu bisnes apa yang membuatkan kita seronok melakukannya.

Dalam pos ini fokus saya menulis adalah bagi mendapatkan satu model bisnes yang kita perlu sahaja. Berbeza bagi mereka yang mempunyai modal besar yang membuka syarikat besar dan boleh pelbagaikan bentuk produk atau perkhidmatan mereka. Ini tidak akan diceritakan dalam pos kali ini. Kenapa kita mesti memilih hanya satu model bisnes?

Ada di antara kita telah memikirkan banyak model bisnes sebelum memulakan bisnes dan ingin menjalankannya serentak termasuk bagi mereka yang kreatif yang dengan mudah mencetuskan idea yang banyak (macam saya.. hehe). Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Akhirnya masa dan wang ringgit banyak terbuang. Sebagai contoh jika kita mahir dalam membaiki kenderaan. Semua servis berkaitan kenderaan kita nak buat dalam satu bengkel seperti membaiki kenderaan, mengganti tayar, membaiki/mengecat badan kenderaan, aksesori dan macam-macam lagi. Rasa-rasanya mampu tak kita buat semua tu walau kita punyai pekerja yang mencukupi? 

Dari sudut psikologi manusia, mereka akan melihat kita bukanlah pakar sebenar dalam satu-satu bidang. Ok contoh itu tadi jika kita miliki sejumlah modal untuk membuka satu kedai atau bengkel. Jika kita hanya ingin membuat bisnes SOHO pula bagaimana? Sama je jawapannya. Apabila yang ni kita nak buat, yang tu pun kita nak buat akhirnya kita tak akan berjaya buat satu pun. Bak kata pepatah orang melayu "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

Jadilah pakar dalam satu-satu bidang. Cuba kita perhatikan orang berbangsa Cina berniaga. Mereka sangat pentingkan wang tapi kebanyakan dari mereka tidak tamakkan wang. Contoh jika kita lihat sebuah rumah yang ingin dibina. Bermula dari bahan, membangunkan bangunan, pemasangan eletrik, paip air dan jubin bukanlah dari seorang taukeh. Masing-masing ada kepakaran dan bisnes yang lebih niche. Mereka saling bantu membantu antara satu dengan yang lain. Jaringan bisnes mereka sangat erat membuatkan bisnes mereka sangat maju dan memonopoli pasaran.

Jadilah pakar dengan fokus satu bisnes/bidang terlebih dahulu. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Kegagalan sekali bukan bermakna kita tidak akan berjaya di lain hari. Ramai jutawan bermula dari jatuh bangun dalam perniagaan. Akhirnya mereka berjaya juga. Rumusannya, kita fikir-fikirkanlah... 

Adios!

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...