Lokasi Bisnes dan Feng Shui

Salam jumaat yang  penuh barakah,

Sedang saya menonton tv pagi tadi terlintas idea nak buat satu entri untuk hari ni yang bertajuk................ itu la pasal terlupa nak buat pos apa tadi... Agaknya makan roti tadi tak perasan ada semut... ohhhh...

Ok la, kira postpone la tajuk tu ye...

image from antiquecompass.com
Pasti anda pernah dengar berkenaan feng shui kan?  Bagi kebanyakan dari kita yang bukan dari bangsa Cina sudah tentu pernah dengar tapi ramai yang tak tahu berkenaan feng shui. Mungkin ramai menganggap ia sebuah kepercayaan atau mitos atau pun tahyul bagi masyarakat islam. 

Secara asasnya saya tahu ia bukan semua tu kerana feng shui adalah satu jenis ilmu berkaitan sains dan geografi masyarakat cina bagi mencari tapak rumah atau perniagaan yang sesuai. Sebelum mengetahui berkenaan feng shui, saya ada menjalankan sedikit kajian atau pemerhatian berkenaan lokasi yang sesuai untuk sesebuah premis perniagaan. 

Ada benarnya apabila kita silap memilih lokasi yang sesuai ia akan memberi impak yang tidak baik untuk perniagaan kecuali bagi bisnes yang berbentuk perkhidmatan. Lokasi bisnes yang baik adalah lokasi yang mempunyai pemandangan yang lapang, tidak di hadang oleh bangunan tinggi atau pokok, mempunyai tempat parkir kenderaan dan yang penting ia tidak kelihatan suram. 

Elakkan dari mencari premis yang berada di persimpangan jalan, tertutup dan gelap. premis yang berada di hadapan jalan utama adalah lebih baik. Ia bermaksud menghadap jalan utama. Carilah kedudukan lokasi perniagaan yang sesuai bagi hasil yang lebih baik. Apa yang saya tulis di sini bukanlah berdasarkan feng shui semata-mata tetapi berdasarkan juga pemerhatian saya berkenaan lokasi bisnes yang strategik.

Apa yang penting jika kita mahu mencuba untuk tahu kepada kaedah feng shui atau sebagai rujukan mestilah di lihat dari bentuk logik saintifik dan bersandarkan juga kepada keimanan kita. Bertanyalah kenapa lokasi perniagaan itu perlu berada di situ, di sini atau di sana. Jika jawapannya berkaitan dengan logik saintifik, saya percaya ia tiada masalah dari segi akidah kita. Mana yang baik dan tidak menyalahi hukum agama bolehla di ikut tetapi jangan mempercayai kepada feng shui itu melebihi kepercayaan kepada Allah SWT beserta ketetapan dan ketentuanNya. Selebihnya kita bertawakkal kepada Allah SWT. Cuma sebagai umat islam kita seharusnya dapat membezakan antara perbuatan yang dibenarkan dari perbuatan khurafat.

Oklah setakat itu sahaja perkongsian saya untuk kali ni dan berjumpa lagi dengan tips yang lain. (Sebenarnya ini adalah entri yang saya buat jumaat yang lepas disebabkan keyboard saya mengalami masalah jadi ia terpaksa di tunda hingga dapat di tulis semula hari ini... huhu..)

Adios...

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...