Belum mula dalam bisnes atau sudah gagal?

Salam kecergasan untuk permulaan minggu yang hebat!

Saya percaya ramai lagi diantara kita dah banyak pergi ke seminar, kursus, gathering dan membaca banyak buku-buku motivasi perniagaan yang masih belum membuat sebarang bentuk bisnes bukan? Haa.. Saya dengar juga ada yang berkata "Saya dah buat tapi masih gagal!"

Bagi yang gagal ini nasihat saya;

Gagal ada pelbagai sebab. Ada yang gagal kerana sudah pun berusaha. Ada juga yang gagal tapi belum berusaha pun... Eh, macam mana pula tu? Mungkin sebab tiada modal, mungkin disebabkan komitmen kerja, mungkin disebabkan motivasi diri masih belum mencukupi untuk memberikan satu momentum yang kuat buat diri mereka dan mungkin banyak lagi sebab musababnya.

Rangkuman keseluruhannya bolehla saya titipkan di sini. Saya pernah menulis sebelum ni. Jika kita mahu membuat bisnes tak kiralah part time atau full time yang paling penting adalah idea dan mengikut kecenderungan kita. Bukan di lihat dari segi material dan bukan juga perlu modal untuk membinanya. Kita semuanya mempunyai masa 24 jam yang sama. Perkara ini perlu kita uruskan dengan sebaik-baiknya. Lakukan terus jika sudah ada idea. Jika kita tidak buat, tiada apa yang kita perolehi jauh lagi untuk berjaya dalam bisnes. 

Bukanlah alasan jika kita tiada modal tapi mahu membuka sebuah restoran sebagai contohnya. Membuat pinjaman bukanlah satu jalan yang terbaik bagi setiap orang. Mungkin kita perlu berkorban untuk menjalankan bisnes yang rendah lagi modalnya sesuai dengan apa yang kita ada pada waktu ini. Keuntungan inilah yang nanti akan menjadi modal bagi bisnes impian kita. Ia lebih selamat dari meminjam modal tapi akhirnya dengan satu kesilapan di mana-mana yang akan membuatkan sesebuah bisnes itu mengalami kerugian dan seterusnya gagal.

Bagi yang sudah menjalankan bisnes tapi gagal ini bukanlah titik noktahnya. Anda tahu tak kenapa anda gagal? Adakah disebabkan saingan? Adakah di sebabkan produk? Adakah disebabkan kurang pengetahuan dalam pemasaran? Adakah kerana disebabkan terlalu ghairah dan inginkan keuntungan yang besar dan segera? Oh, banyak rupanya... Jadi dengan sebab itu cari puncanya, perbaiki atau ubah terus strategi anda!

Bagi yang masih belum membuat apa-apa pun! Com'on man..! (cakap bahasa koboi kunun..) 
Ambil cuti untuk tempoh satu hari atau bagi mereka yang masih menganggur tu gunakan masa satu hari. Jangan kacau dengan aktiviti lain. Apa yang perlu dilakukan selanjutnya adalah berusaha cari idea yang anda suka untuk buat. Pasang strategi dan uruskan apa yang patut dan.. Go! 

Mulakan terus bisnes jangan ditangguhkan. Kerana semakin di tangguh anda rugi. Semakin hari anda semakin tua tetapi masih di hari tersebut anda masih berada di takuk yang lama! Sekiranya anda mahukan pengetahuan berkenaan apa yang anda mahu lakukan, seterusnya janganlah malu bertanya kepada kaum keluarga, rakan-rakan dan mereka yang anda percaya. tak pun cuba-cuba la bertanya kepada sesiapa yang anda berbual.. Alamak, sekarangkan zaman IT, Google ajelah...

p/s : Sekiranya anda ada kemahiran dan minat, idea bisnes mudah diperolehi dan di realisasikan. Tipsnya apabila sudah tetapkan idea bisnes tu, buatlah kad bisnes. Pergi ke mana-mana berjumpa kenalan lama atau baru yang datang dari hasil perbualan, berikanlah kad bisnes anda kepada mereka.

Adios...

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...