Jujur, ikhlas dan memberi

Hmm.. tak sempat saya semalam untuk menulis dalam blog ini. Macam-macam hal 1001 dirham.. eh, 1001 hal lah... Tak la banyak sangat sebenarnya tapi kekadang tu masalah dia satu je tapi agak rumit nak selesaikan.

Salam pembuka bicara, ( huhu.. dah mula pun...)

Baiklah hari ni saya nak bercerita berkenaan tips. Ia adalah berkenaan kejujuran, keikhlasan dan pemberian. Saya pernah terbaca dari sebuah blog dengan kata-kata lebih kurang macam ni "Ramai orang islam hanya mengambil sebahagian dan darinya mengambil sebahagian..." Tulisan itu membuat saya berfikir dan akhirnya saya faham sebab saya teringat apabila menonton 'Kuliah Zohor' di TV Al-Hijrah oleh Ustaz Zaharuddin mengatakan bahawa umat islam yang hanya bersolat lima waktu hanya paras-paras hidung sahaja amalannya di sisi Allah SWT. 

Saya berpendapat jika kita amalkan dari Al-Quran dan Hadith Sahih, kita akan berolah keuntungan dunia dan akhirat dan dalam setiap apa yang kita lakukan. Misalnya sirah nabi kita junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Carilah di mana-mana kedai buku, beli, baca dan praktikkan. Saya yakin penulis barat seperti Dale Carnegie yang menulis buku yang di terjemahkan ke dalam bahasa melayu bertajuk "Bagaimana hendak mendapat kawan & mempengaruhi seseorang" juga mungkin pernah mendapatkan ilmu ini. Salah satu dari amalan nabi adalah dengan memberi iaitu bersedekah. Bersedekah dengan ikhlas. Nabi juga jujur dalam setiap urusannya dan pekerjaannya. Kini di barat dan orang Cina ramai yang percaya jika kita ikhlas memberi kita akan dapat balik rezeki yang lebih lumayan.

Kenapa perlu jujur? Kita perlu jujur bagi orang atau pelanggan mempercayai kita dan bisnes kita.

Kenapa perlu ikhlas? Ia akan membentuk jiwa kita yang murni dan bersih. Apabila jiwa kita murni fizikal kita akan jadi baik dipandang orang. Senang cerita aura penyeri itu akan terserlah.

Kenapa perlu memberi (denganj ikhlas)? Bagi orang islam jika memberi satu, Allah SWT telah menjanjikan akan memberi balik sepuluh berbentuk rezeki atau pahala. Jika dilihat dari logik bisnes, ia adalah sebuah bentuk promosi bagi bisnes. Contoh, seorang peniaga gerai menjual kuih sengaja memberikan lebih kepada pelanggannya, impaknya pelanggan tersebut pasti akan datang lagi lain kali, siap promosi lagi kat kawan-kawan diorang...

Saya terkenang kat Allahyarham ayahanda saya Hamidon Hj. Hassan. Ketiga-tiga sifat di atas ada dalam diri arwah. Begitu ramai sahabat-sahabatnya tak kira pangkat besar atau kecil yang menyukai dan menghormati beliau. Tanggal 22hb Mei 2012 yang lalu bersamaan 1 Rejab bermakna sudah 4 bulan beliau meninggalkan kami sekeluarga akibat terkena serangan strok dan terlantar selama enam tahun sebelum beliau pergi buat selama-lamanya... Dengan ujian yang diterima ini mudah-mudahan roh ayah diampunkan dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Al-Fatihah untuk di hadiahkan kepada ayahanda saya Hamidon Hj Hassan... Semoga dengan keikhlasan anda, akan juga mendapat pahala di sisi Allah.

Al-Fatihah...


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...