Mail Order Konvensional - Siapa yang menyedarkan saya?

Salam semua..Saya ingin ceritakan kisah pengalaman saya membuat perniagaan mail order konvensional. Terima kasih buat anda yang sudi membaca pengalaman saya ini. Begini kisahnya...

Dulu zaman internet ni tidak begitu meluas lagi. Kira-kira 10-15 tahun lepas penggunaan internet adalah lebih terarah kepada chatting - bersosial dan mencari kenalan menggunakan mIRC. Banyaklah blok-blok chatting dari group seperti kampung, kedah dan macam-macam lagilah memang banyak sekadar ingat beberapa group. Kalau nak ceritakan memang banyak yang menarik dan menggamit memori.. cewahhh..biarlah ia menjadi kenangan buat diri saya. 

Tapi saya ni sebenarnya nak ceritakan bukan pasal chatting, internet atau pun bisnes internet. Saya tak tahu pun bisnes internet masa zaman tu. Kalau ada pun... “Ada aku kisah..?” hehehe.. Saya nak ceritakan pada zaman tu saya dah mula jana income melalui mail order produk resell right.. Ahaa.., anda jangan ingat resale/resell right product tu hanya dijalankan di intenet sahaja malah resell right telah terlebih awal menjadi satu bisnes secara mail order konvensional. Ya sudah pasti pada waktu tu saya jual buku yang berkonsepkan resell right atau jual semula dimana buku tu saya beli >> fotokopi >> jual =  dapat DUIT! 

Bisnes ni mudah. Pada mulanya anda mesti ada sebuah buku hasil karangan sendiri atau ebook-ebook yang membenarkan anda menjual semula seperti ebook MRR/RR/PLR dan dilihat juga kepada syarat-syaratnya. Cetak ia menjadi sebuah buku fizikal. Letaklah iklan di majalah atau anda boleh letak iklan di akhbar-akhbar tabloid. Sebagai contoh ayatnya seperti ini : 

“Anda ingin jana pendapatan sehingga RM3500 sebulan!? Tak perlu berhenti kerja hanya buat sambilan di rumah 2-3 jam sahaja sehari. Hanya kirimkan envelop dan stem beralamat sendiri ke..........”

Tunggu posmen depan rumah dalam masa lebih kurang 2-3 hari selepas iklan keluar. Kalau rajin laa..

Bila dapat surat dari prospek atau bakal mangsa (hehe..), kirimkan flyer/sales letter anda semula kepada prospek.

Tunggu lagi. Paling cepat anda dapat surat berisi wang pos/kiriman wang dalam masa dua hari. (mungkin orang kampung anda sendiri tu..) Nasib la, kalau sales letter anda bagus, maka peratusan ‘mangsa’ yang membolehkan anda menjadi kaya dengan bisnes ni akan tinggi. Ada juga yang terus membeli sebab dah tak tahan nak jadi kaya jugak macam anda. Ada yang takde duit, jadi hold dulu. Ada yang berfikir 18 kali. Itu yang lambat anda nak rasa duit mereka yang macam ni. Ada yang tak hingin beli langsung sebab merasakan ayat yang anda buat tu meragukan. Ada yang bercadang nak datang sendiri rumah anda.. Haha.. jeng-jeng-jenggg..! 

Saya pernah dikunjungi tetamu dari mereka yang mahukan penjelasan berkenaan bisnes yang saya buat ni. Sebab tu bagi mereka yang mahu lebih privasi akan menyewa peti surat dari pejabat pos. Alamat yang anda selalu nampak dengan perkataan ‘PO Box’, tu la dia tu.. huhu.. Pada pandangan saya, yang terbaik adalah menggunakan alamat rumah untuk menambahkan keyakinan pelanggan. Jadi, anda perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan prospek datang ke rumah..

Selalunya maksud sebenar dari sales letter tu kelihatan seperti tersembunyi. Yang berlaku pada saya dulu waktu tu adalah ayat yang memberi jalan menjana pendapatan tambahan melalui bekerja sendiri dari rumah seperti memasang komponen permainan dari rumah, membuat butang, menjahit dan sebagainya. Pekerjaan ni memang ada.. Confirm! Kerana ramai rakan-rakan saya sudah membuatnya. Kebanyakkannya datang dari kilang yang ingin mengurangkan kos dengan menggajikan atau memberi upah kepada mereka yang hanya ingin membuat kerja secara part time sahaja di rumah. Tapi dalam hal ini ia adalah berlainan dari apa yang saya fikirkan dan apa yang saya harapkan apabila saya hanya diberi panduan dari buku sahaja. Berasa sedikit kecewa tapi saya tetap membaca lagi buku panduan tu.. 

Ohh.. rupanya caranya hanya fotostat dan kemudian jual semula buku tu.. Menarik ni.. Haha.. Jadi, saya pun buatlah seperti yang ditunjukkan dalam buku panduan yang saya beli tadi.

Hari demi hari saya dapat income dari penjualan buku tersebut, balik modal dan untung pulak tu. Tak lama, pada suatu hari saya terima surat dari seseorang, ayatnya lebih kurang maksudnya begini..

Assalamualaikum tuan,

Per : Menjana pendapatan lumayan dari rumah

Tuan, saya seorang yang cacat dan sukar untuk ke mana-mana. Saya teringin sangat membuat kerja-kerja sambilan dari rumah. Saya sangat berharap dapat kerja ini. Harap saya dapat menjana pendapatan dari bantuan tuan.

Terima kasih.

Yang benar,
saya punya tandatangan
(Si Polan bin Si Polana)

Sejak dari itu saya baru tersedar terdapat kesilapan dalam bisnes ini. Ya, dari ayat hype dan dari maksud tersembunyi dari sales letter yang saya karang sendiri. Saya terasa sedih, saya terasa bersalah dan akhirnya sampai di situ sahaja bisnes itu saya  jalankan. Sebab itu sehingga saat ini, saya tidak mahu menulis sekadar janji-janji kosong dan saya selalu ingatkan kepada pelanggan-pelanggan saya, jika ada perkara yang saya terlupa harap dapatlah diingatkan kepada saya.

Sekarang ni nak buat bisnes mail order konvensional seperti  produk resale right sudah semakin sukar terutama harga kos iklan dan stem yang tinggi, tambahan pula belum tentu bagi kita yang kurang modal ni mampu meletakkan iklan secara berterusan seterusnya menjana pendapatan dalam bisnes ini.

Ok itu sahaja untuk artikel hari ini. Harap anda semua menyukainya.. 

Adios

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...