Buktikan kemampuan anda terlebih dahulu!

Janganlah bersedih jika anda tidak dapat berkerjasama atau JV(Join Venture) dengan otai-otai perniagaan internet yang dah fofular tu, saya faham. Jika anda nak tahu, kebanyakan dari mereka adalah seperti anda juga dahulu. Disebabkan dengan adanya bekalan semangat yang masih ada, mereka buktikan keupayaan mereka tanpa bantuan otai-otai dan mereka berjaya, kemudian baru otai-otai sebelum ni nampak dan kenali mereka dan mahu mengetahui mereka dengan lebih rapat. Kemudian mereka berjaya pula buat JV dengan otai-otai yang lebih senior tu dan lebih berjaya lagi. Baharulah mereka sekarang jadi otai. 

Otai yang dimaksudkan di sini bukan old timer tetapi yang berjaya dalam perniagaan internet dalam beberapa tahun ini sehingga sekarang. 

Ada banyak sebab otai-otai tidak mahu berJV dengan anda. Mungkin diantara jawapannya adalah.. 
  1. anda seorang yang tidak dikenali, 
  2. tidak diketahui kelebihan atau kepakaran yang anda ada - Sebab itu kita perlu aktif di forum, blog dan laman sosial lain serta konsisten bagi membuktikan kesungguhan anda dan untuk lebih dikenali.
  3. tidak diyakini sejauh mana anda mahu/boleh kekal dalam bidang ini 
  4. mahu jaga status dan kredibiliti 
  5. ramai sangat yang minta bantuan sehingga mereka tidak terlayan dengan permintaan anda 
  6. dan banyak lagi sebab. 

Jika anda sudah mencuba untuk berJV tetapi tidak berjaya, jangan berkecil hati atau marah-marah dan memaki hamun otai tersebut.. kesian dia.. Terima lah dengan hati yang terbuka dan bersabar. Jadikan ia sebagai pembakar semangat anda untuk mengatasi mereka(lebih kaya dari mereka..hehe) suatu hari nanti dengan lebih terhormat atau jadikan diri anda sebaris dengan mereka. Buktikan kepada mereka kesungguhan anda dalam bidang ni. Buktikan kepada mereka kepakaran anda. Buktikan kepada mereka apa yang anda boleh sumbangkan dan apa yang anda boleh berikan sebarang keuntungan kepada orang lain atau kepada otai-otai itu sendiri paling tidak pun win-win situation

Mereka juga perlu jaga periuk nasi mereka. Mereka perlu mengenali anda termasuk sikap dan cara bisnes anda. Mereka juga perlu melihat reputasi dan kredibiliti anda. Mereka tidak akan JV atau memberikan sebarang review jika kualiti perniagaan anda adalah teruk kerana reputasi mereka akan tercalar, paling tidak pun sedikit sebanyak akan memberikan kesan yang kurang baik untuk bisnes mereka juga. Suatu hari nanti anda juga akan berada pada kedudukan mereka dan anda akan faham juga. 

Apa yang anda perlu lakukan untuk perniagaan internet anda adalah dengan memperbaiki produk atau perkhidmatan. Soal harga yang anda tawarkan tidak menjadi sebarang masalah besar, yang paling penting servis anda yang tip top perlu dizahirkan sebaik mungkin. Jaga kredibiliti anda. Tunjukkan kesungguhan anda dalam bidang bisnes yang anda ceburi. Konsisten. Jika anda ada laman web, perbaiki struktur desain dan ayat jualan. Jaga pertuturan atau pergaulan anda. Tunjukkkan kelebihan yang anda miliki seperti bakat, kepakaran dan sebagainya. 

Untuk perniagaan internet ni fikirkan bagaimana nama dan perniagaan anda mampu menjadi jenama yang melekat di minda orang lain. Salah satunya adalah dengan sering muncul di alam cyber ni serta konsisten kalau boleh untuk satu tempoh yang panjang lagi bagus jika ia berterusan. Always be positive dan banyak lagi. Yang penting kita sentiasa memperbaiki mana-mana kekurangan tetapi jika hendak menjual jangan tunggu sampai segalanya sempurna, kalau macam ni rugilah pulak. Terima kritikan yang membina dan berusaha memperbaikinya itulah maksud saya. 

Harap anda berjaya dan kaya. Jangan sombong bila anda sudah berada dipuncak kejayaan. Jangan bimbang rezeki dari Allah tidak akan putus bagi hamba-Nya yang sentiasa berusaha.

Adios..

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...