Jual apa sahaja yang anda ada

Vokal mantap dari Fahmy MENTOR
Wahhh..! Dah lebih seminggu penuh saya tidak menulis sebarang artikel di blog. Di facebook tempat saya berjumpa rakan-rakan bisnes maya tu pun, cuma hinggap sekejap-sekejap sahaja, maklumlah jadi orang penting untuk urusan majlis perkahwinan adik bongsu saya sebelum dan selepas majlis memandangkan ayah saya tidak sihat akibat penyakit strok yang menimpa beliau. Jadi sayalah orang yang menggantikan tempat ayah. Dari businessmen, jadi busy man. Huhu.. penat tak usah cakaplah tapi puas. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah.

Akhirnya Ayah bertemu juga sahabat lamanya - A.Halim
Mempunyai darah seni disebelah ayah dan keluarga ibu, keduanya menghadirkan 2 orang tetamu yang ramai mengenalinya. Beliau adalah A.Halim penyanyi 60'an dan Fahmy MENTOR adik kepada Azli Senario yang sempat menyumbangkan lagu untuk semua tetamu yang hadir pada waktu itu. Yang lain-lain ada yang tak dapat hadir disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Sepatutnya untuk hari selasa ni, jadual untuk saya menulis adalah berkenaan umum atau  berkenaan agama untuk 2 blog baru saya tu. Tapi oleh kerana saya diminta oleh ibu saya bagi membantunya untuk urusan di luar dan dalam rumah, saya ‘cuti’lah semalam. Ok, kita sambung untuk tips bisnes. Maaflah intro tak berkaitan diawal artikel ini terlebih sudah! Hehe..
Bagi memaksimumkan pendapatan, anda perlu memikirkan cara apa yang anda ada bagi mendapatkan wang. Jangan sia-siakan masa yang ada. Berusaha untuk memperolehi pendapatan setiap hari. Fikirkan untuk itu. Buat permulaan bagi beginner sesuatu bisnes, jual apa sahaja yang anda tahu, yang anda ada, mungkin dari modal yang sedia ada, yang anda pakar atau yang anda mahir, hobi atau minat anda, bermakna apa sahaja yang boleh dijadikan duit. Dari situ anda boleh kumpulkan modal untuk membesarkan perniagaan dan saya yakin pada ketika itu anda sudah ada sesuatu yang anda suka untuk anda lakukan sambil jana pendapatan.
Jangan sia-siakan bakat yang Tuhan berikan buat anda. Jangan sempitkan cara anda berfikir. Jika anda berada dalam kesempitan inilah peluang anda mendapatkan kesempatan yang ada. Jual apa sahaja yang anda ada  bermaksud, apa sahaja yang boleh anda jadikan duit atau modal. Sebagai contoh kaitannya dengan tulisan saya di atas, jiran saya yang minat karaoke dan membeli set karaoke sistem komputer telah memberi perkhidmatan dengan mendapatkan upahnya beserta menjadi DJ acara semasa majlis perkahwinan adik saya tempohari.
Jika anda, ada tak idea memperolehi pendapatan kalau tak sepenuh masa pun dilakukan hanya secara sambilan? Fikir-fikirkan.
Adios..

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...