Tunjukkan kelebihan bukan kelemahan produk

Apabila bakal pelanggan atau sesiapa sahaja yang bertanyakan bisnes dan produk anda adakah anda telah bersedia untuk menjawab segala pertanyaan mereka? Sekiranya mereka bertanya berkenaan produk anda seperti ini "Ok tak produk bla bla awak ni?" Adakah anda akan menjawab macam ni.. "Bolehla...sikit-sikit cari makan.. produk biasa-biasa je ni.." Ini bermakna setiap kali anda menjawab jawaban yang sama, anda akan menggali lubang kubur anda sendiri.. Adhoiiyaiii...

Jika kita membuat bisnes, kita mesti tahu berkenaan produk yang ingin kita jual. Jika kita menyediakan perkhidmatan, kita mesti tahu dimana kekuatan perkhidmatan kita. Adakah kerana kemahiran dan kepakarannyakah atau kerana kekuatan bilangan pekerjanyakah? Yang penting kita mesti tahu. Mesti! Walaupun anda membuat bisnes Multy Level Marketing

Jika kita merasakan terdapat kelemahan pada produk kita, cuba fikirkan bagaimana kita boleh menambah nilai atau kelebihan produk atau perkhidmatan kita atau bagaimana kita dapat timbulkan kekuatan yang ada pada produk berbanding produk pesaing bisnes kita yang sama jenisnya.

So, apabila kita tahu kelebihan produk kita, akan memudahkan lagi untuk kita menjawab dan ingat! Jangan menjawab sambil lewa dan terlampau merendah diri sangat. Anda akan kehilangan pelanggan nanti. Beritahu kelebihan produk atau perkhidmatan kita dan jangan tunjukkan kelemahan produk.

Adios...

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...