Tutorial Khas- Cara meletakkan embed pada ruangan HTML


Ini adalah label baru untuk blog ini. Label ini dinamakan 'Tutorial' yang akan menunjukkan tutorial secara teknikal samada melalui teks atau video.

Photobucket Image Hosting
Imej dari Photobucket - Steve Jobs
Untuk kali ini saya ingin menunjukkan kepada anda cara saya meletakkan embed URL gambar atau video dengan menggunakan HTML. Ramai orang takut untuk mengedit menggunakan 'Edit HTML'. Lain orang lain caranya. Cara ini bukan sahaja untuk blog malah di tempat lain seperti di forum-forum online. Bagi saya cara yang saya gunakan adalah dengan :
  1. Mencari tempat untuk meletakkan gambar atau video tersebut.
  2. Tandakan dengan huruf atau angka yang anda suka.
  3. Pergi ke web yang hendak kita masukkan gambar/video tersebut
  4. Highlight URL tersebut.
  5. Klik mouse sebelah kanan dan pilih 'Copy'
  6. Kembali semula...
  7. Klik ruangan HTML
  8. Highlight huruf atau angka yang telah kita taip tadi
  9. Klik kanan mouse dan klik 'Paste'
  10. Kemudian kembali semula ke ruangan normal sebelum ini dan..
  11. tadaaa.. Siap!
Ok itu sahaja tutorial ringkas saya kali ini.

Adios






0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...