Fail Iklan

Semalam saya terjumpa dengan seorang kontraktor cina. Saya mengenali beliau semasa saya masih lagi bekerja di sebuah kilang. Kontraktor cina tersebut juga asalnya cuma seorang pekerja biasa. Dari sudut pandangan saya, saya melihat hasil dari ketekunan, minat, berusaha dan bersungguh beliau dinaikkan sebagai ketua dikalangan pekerja. Senang cerita kira otailah dikalangan pekerja yang membuat kerja-kerja pembaikan dimana-mana kilang termasuk kilang tempat saya bekerja dahulu. Waktu tu saya adalah seorang technician yang kadangkala mengawasi kontraktor pembaikan ini bekerja.

Kontraktor cina yang asalnya seorang pekerja makan gaji sahaja kemudiannya menjadi sub kontraktor pula kepada bekas majikannya dan kini telah menjadi pesaing kepada majikannya sendiri. (Takde hal maa.. lezeki rezeki masing-masing..) Dan kini beliau memiliki aset yang telah ditambah. Menerusi perbualan ini saya melihat kemajuan dalam perniagaannya. Dari pertemuan singkat saya dengan beliau, beberapa perkara baru teknik perniagaan dan mengingatkan saya berkenaan perkara lain yang selalu saya lupakan. Beliau telah mengubah persepsi saya selama ini yang menyangka bangsa cina ini hanya membantu bangsa mereka sahaja dalam perniagaan. 

Mudah sebenarnya jika ingin mendapatkan kepercayaan orang terutama kepada kaum berbangsa cina ini. Yang pertama baik dan jujur kepada mereka dan jangan cuba menipu mereka. Buatlah perkara seikhlas hati dan mereka akan membalasnya dengan lebih lagi. Jadi akhirnya kita juga menerima keuntungan dari mereka yang tidak dijangka. Ok, apa perkara yang saya terlupa adalah berkenaan fail iklan.

Ya, apa yang saya maksudkan dengan fail iklan? Macm ni.. Setiap dari kita mesti mahir atau tahu dalam sesuatu bidang. Sewaktu saya masih bekerja selama berbelas-belas tahun disebuah kilang, hal-hal berkenaan produk kilang saya teah mengetahuinya ditambah pula pengalaman sebagai seorang juruteknik atau technician. Pengalaman tersebut memungkinkan saya membuka dua niche perniagaan berbeza. Yang pertama berkenaan produk kilang dan yang kedua adalah berkenaan kejuruteraan.

Memandangkan saya telah memulakan perniagaandalam SOHO khususnya untuk produk internet, tidak salah jika kita menambahkan sumber perniagaan selagi mampu mengendalikannya. Jika tidak mampu buatlah berpasukan atau mempunyai pekerja sendiri itu adalah lebih baik. Tapi sebelum tu kita perlu mengambil gambar produk atau perkhidmatan kita untuk difailkan. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan kepada pelanggan khususnya pelanggan baharu. 

Jika anda sekarang ingin menumpukan terlebih dahulu dalam bisnes internet, hasil kerja anda itu anda letakkan dalam satu folder atau pamerkan di laman yang dipautkan dari laman utama bisnes internet anda. Tak kisahlah jika kita masih baru dalam perniagaan dan belum lagi punyai pelanggan. Bagi anda yang masih baru contohnya dalam bisnes internet, anda boleh lakukan terlebih dahulu hasil kerja anda untuk dilihat oleh pengunjung laman web anda.

Bagi perniagaan konvensional lain juga begitu. Contohnya seorang rakan saya yang mahir dan membuat kerja-kerja kejuruteraan seperti membuat pagar, gril dan seumpamanya. Untuk perniagaannya beliau telah mengambil gambar pagar atau gril rumah orang lain untuk dijadikan contoh kepada bakal pelanggan beliau. Dan kini perniagaannya sudah stabil. Inilah hasil dari gambar yang telah difailkan untuk tujuan perniagaan. Ini adalah salah satu idea dalam perniagaan. 

Pada isi blog kali ini, saya timbulkan berkenaan idea teknikal dan idea untuk memulakan bisnes dari apa yang kita tahu, apa yang kita mahir dan apa yang kita minat.

Adios...

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...