Tips Murah Rezeki - Minta Maaf dan Memaafkan

Salam Aidilfitri buat rakan-rakan pengunjung blog ini.

Beberapa hari lepas saya berkesempatan untuk menonton rancangan 'Tanyalah Ustaz' di TV9 dan dikendalikan oleh Ustaz Zahazan. Memaafkan dan mohon kemaafan dari orang lain atau membina semula hubungan silaturrahim adalah amat dituntut dalam islam. Sebenarnya tips ini sudah lama saya tahu yang selalu ditekankan ustaz-ustaz terdahulu dan juga dari pembacaan saya yang lepas. 

Apa yang saya ingat dari rancangan yang lepas-lepas, salah satu hikmah disebalik memaafkan dan mohon kemaafan adalah rezeki akan bertambah-tambah tidak kiralah kita bekerja makan gaji atau buat bisnes sendiri seandainya kita ikhlas memaafkan dan bersedia untuk mohon kemaafan dari orang lain..

Jadi itu sahaja buat masa ini. Saya akan cuba berikan tips lain di hari yang lain InsyaAllah..

Adios..

p/s : Saya akan memberikan tips murah rezeki dengan lebih kerap dibulan Syawal ini. InsyaAllah..

1 ulasan:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...