Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Kreativiti. Maksimum dan Optimumkan Cara

Ramadhan sudah sampai ke penghujung. Bagi yang nak balik kampung sudah bersedia untuk memeriksa kenderaan seperti minyak enjin, bateri, keadaan tayar dan menyolek kereta cantik-cantik. Bagi yang excited sangat tu dah mula ke bazaar ramadan untuk membeli baju raya dan sebagainya. Masa ni lagi sibuk jalan-jalan berdekatan. Nak cari parking pun susah. Beringat-ingatlah ye untuk berbelanja. Yang dah mula nak balik ke kampong tu, berhati-hati ketika memandu. Rehatkan badan tu secukupnya. Jika mengantuk, carilah perhentian sebelah untuk tidur sebentar.

Ok, kita sambung tips bisnes. Untuk menggandakan atau memaksimumkan pendapatan, salah satu tipsnya adalah dengan kreativiti atau berusaha mendapatkan lain-lain kaedah semaksimum mungkin. Kini, banyak ilmu-ilmu yang berguna dengan hanya menaip di web browser sahaja. Kita boleh bertanya di blog-blog berkaitan, forum, laman sosial seperti di facebook, Google group dan lain-lain lagi. Gunakanalah kemudahan internet untuk cari dan belajar ilmu yang sesuai dengan kita. Jika kita dapat tahu 20 kaedah maksimum dengan keupayaan kita ketika ini, mungkin yang paling efektif bagi kita hanya 5 kaedah itu sudah memadai.

Semoga kita lebih kaya dan berjaya...(hehe.. Macam Dr. Azizan Osman..) Salam menjelang Syawal, ampun dan maaf dari saya sekiranya sebelum ini saya membuat salah dan silap.

Adios...

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...