Kekuatan Imaginasi (gambaran)

Sambungan dari tajuk "Berfikir Di Luar Kotak"
Tahukah anda. Hampir semua pencipta-pencipta hebat di dunia ini berfikir di luar kotak yang berasal dari angan-angan dan imaginasi?

Albert Einstein pernah berkata... (translate ke dalam bahasa melayu) “Imaginasi lebih penting daripada ilmu. Ilmu terhad kepada apa yang kita tahu dan faham sekarang. Sementara imaginasi merangkumi keseluruhan apa yang kita akan tahu dan akan faham seantero alam.”

Saya pernah terfikir untuk membuat kereta Go kart dengan menggunakan mesin rumput. Sebab apa? Kerana saya tahu sesuatu mesin yang bergerak adalah disebabkan adanya motor. Itulah subjek utama kerana saya membayangkan ia akan dapat dihasilkan apabila subjek utama itu dapat dahulu. Yang silap adalah penagguhannya disebabkan beberapa masalah atau keperluan lain yang lebih penting untuk dilakukan. Sehingga suatu hari saya pernah terdengar seseorang yang lain telah pun mencipta perkara yang sama.

Moralnya : Jangan tangguhkan idea anda. Mungkin akan ada orang lain yang akan mendahului anda dan meraih popularity dan kekayaan dari idea tersebut.

Adios...





1 ulasan:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...