1 sen duit pun tak masuk!!?

Bila di tanya "Ada sesiapa yang nak duit tak?" "Eh.. Nak! Nak!" Huhu.. Siapa yang taknak duit ye tak? Tetapi adakah kita dah berusaha ke arah itu? Dengan membuat part time bisnes atau membuat bisnes sepenuh masa sahaja duit itu boleh hadir dan dari bisnes juga kita boleh jadi kaya! Ye, kayalah! Tak dinafikan kalau yang bekerja makan gaji pun boleh juga kaya, tapi bisnes ni boleh buat duit tanpa batasan.

Saya dah beberapa hari dalam bulan syawal ni sukar nak berikan tumpuan untuk menulis, faham-faham jelah kalau di Johor ni memang hebat dengan marhaban, rumah terbuka dan ada yang mengambil kesempatan mendapatkan tarikh yang sesuai untuk membuat kenduri kahwin. Kalau tempat anda bagaimana?

Ok, bercakap pasal duit ni, ramai yang mahu mendapatkannya. Tapi jalan mana yang kita lalui adalah berbeza. Ada yang berjaya dan ada pula yang gagal. Malah hampeh.. tak dapat satu sen pun hanya terpengaruh dengan ayat-ayat hype yang menggoncangkan dada untuk merebut peluang yang mudah depan mata. Hakikatnya mudahkah?

Mendapatkan wang bukanlah perkara yang mudah jauh lagi untuk menjadi kaya. Kalau kaya pun adakah kita melakukannya tanpa melanggar undang-undang negara atau tanpa menyalahi hukum agama dengan tidak menganiaya orang lain seperti dengan cara menipu dan sebagainya? Tidak merasa resah ke kita menjalani hidup dalam dunia walau duit menimbun macam gunung jika pendapatan itu tidak diberkati?

Ok, lupakan itu semua. Sekarang fokus kita adalah bagaimana kita boleh mendapat duit yang halal. Tetapkan matlamat kita dengan realistik. Contohnya dengan menulis : "Aku mahu dapatkan RM 1,000 dalam masa 30 hari bermula dari hari ini!" Tulis besar-besar dan tampal di meja kerja kita jika itu tempat yang sesuai dan selalu kita lihat. Fokus dan jangan terfikir untuk buat perkara lain semasa dalam perjalanan kita mendapatkan wang tersebut. Apa cara sekalipun untuk mendapatkan duit walau hanya dapat RM 1 sehari sebagai permulaan perjalanan. Ingat! Masih ada lagi 29 hari lagi.

Baru-baru ini saya solat Jumaat di sebuah masjid di Pasir Gudang, Johor. Seseorang telah membuka gerai menjual minyak wangi di dalam perkarangan masjid. Saya melihat satu contoh mereka yang mengambil kesempatan menjual satu produk yang berkaitan dengan sembahyang. Selesai sahaja solat, ramai yang tak lepaskan peluang untuk membeli minyak wangi tersebut. Pengajarannya apa juga yang boleh mendatangkan duit buat sahaja yang penting halal.

Jangan menidakkan kemungkinan untuk kita memperolehi wang. Ok, satu contoh lagi. Kita mungkin secara terpaksa menjadi ahli sebuah persatuan. Suatu hari persatuan anda membuat perjumpaan sesama ahli. Adakah kita akan cakap "Huh, lecehlah.. Tido kat rumah lagi beshhh.." Hehe.. nak duitkan? Apa kata anda offer satu produk atau servis yang boleh menjana pendapatan untuk diri sendiri dari persatuan tersebut? Saya dah cakap, jangan menidakkan keupayaan diri anda untuk menghasilkan duit dan jangan pula malas untuk berfikir bagaimana nak dapatkan duit. 

Ingat matlamat kita sedang dan telah pun berjalan... Adios!



0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...