Nombor Bertuah

Oh.. yang saya nak bincangkan ni bukan pasal cabutan nombor bertuah atau lucky draw.. Tapi adalah berkenaan kesan psikologi manusia dan daya penarik dari angka yang memberikan impak yang tersendiri. Bagi orang bisnes macam kita selalu terfikirkan bagaimana nak memberikan harga yang terbaik buat pelanggan juga ingin menampakkan harga yang terpapar akan nampak lebih menarik.
Ok, berkenaan tips meletakkan harga ni nanti saya akan bincangkan kemudian. Bagi penulis buku atau e-buku terutama buku-buku yang memberikan tips, menunjukkan kaedah atau menunjukkan langkah demi langkah (How to) adalah lebih baik jika kita mendapatkan angka-angka 'keramat' ni. 

Angka-angka seperti contoh 7, 33, 77, 99, 101, 111 dan banyak lagi akan memberikan daya penarik bagi orang yang melihat. Kalau kita amati, ramai penulis atau usahawan yang mahu menulis berkenaan buku-buku how to akan cuba mendapatkan bilangan langkah atau cara dengan angka-angka tersebut. Kenapa? Ini kerana ia...
  • Menarik
  • Mudah untuk ingat
  • Memberi keyakinan
  • Penghargaan buat penulis kerana berusaha mendapatkan langkah atau cara tersebut.
  • Hurmm.. apa lagi ye..? Hehe anda sendiri yang nilai. Berilah komen agar kita sama-sama dapat berkongsi ilmu.
Sebenarnya angka dari nombor '1', angka-angka genap dan juga angka gabungan dengan '0' akan memberikan kesan yang baik juga sebagai contoh angka 1, 10, 100, 200 dan seterusnya. Sebagai penulis, kesan yang positif akan dapat kita rasai dengan mendapatkan angka-angka ini. Jadi sekiranya kita ingin menulis buku atau e-book berkenaan how to ini cubalah untuk mencapai sehingga ke bilangan angka 'keramat' ini.

Por favor ayuda.. Adios..

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...