Tips Tambah Modal - Tajaan

Minggu lepas saya berkesempatan untuk menonton Transformers - "Dark of The Moon" di Big Cinema. Memang teruja sebenarnya nak menonton transformers yang terbaru ni dan saya mencari waktu yang sesuai dengan sabar agar saya dapat menonton dengan selesa  pada tempat duduk yang sesuai.
Filem yang menggunakan teknologi yang canggih dan terkini ini sudah pasti tidak akan saya lepaskan peluang bagi menontonnya. Terfikir juga saya selain omputih ni guna modal sendiri, bagaimana mereka dapat menambah modal sedia ada untuk menerbitkan filem berteknologi canggih seperti transformers ni.

Ketika sedang khusyuk menonton dari satu babak ke satu babak dan apabila tiba di satu bahagian ketika Sam Witwicky sedang ditemuduga di sebuah syarikat, beberapa kali saya melihat dengan jelas jenama peralatan atau produk yang di gunakan. Ia seperti mahu iklankan terus produk tersebut. Bagi yang sudah menonton, agak-agak anda jenama apa yang sering muncul semasa menonton transformers - Dark of the Moon?


Dalam kepala saya dah melekat perkataan LENOVO. Iaitu dari laptop, netpad dan komputer yang digunakan dalam pejabat ketika Sam Witwicky memohon pekerjaan. Hehe.. Saya juga sebenarnya menggunakan komputer jenama LENOVO, ia merupakan jenama untuk komputer dan peralatannya yang dibuat di China dengan membeli teknologi dari IBM.

Ok, berbalik kepada modal yang diperolehi untuk pembikinan filem transformers - Dark of The Moon ini selain modal dari penerbit filem ini iaitu dari seorang pengarah tersohor Steven Spielberg, pihak mana lagi yang membantu dari segi modal? Sudah tentu salah satunya adalah dari syarikat jenama LENOVO.

LENOVO memberikan tajaan dan satu pengiklanan untuk memperkenalkan lagi produk mereka. Kira mereka menggunakan konsep win-win situation gitu. Jadi, untuk kali ini tips bagi mnenambahkan modal adalah dari sudut tajaan. Bagi kita yang mengeluarkan produk yang hebat, rugi jika tidak mendapatkan tajaan.

Bagi bisnes lain, saya menganggap tajaan itu juga adalah jika kita mendapatkan kerjasama atau usahasama dari rakan peniaga lain bagi membesarkan perniagaan... Adios!

2 ulasan:

  1. pergh... lain dari yang lain ni ilmu pasal modal tajaan ni :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih tenteraangin.

    Sebenarnya banyak lagi jika kita nak dapatkan modal samada yang disedari atau tanpa disedari.

    Jika suatu produk kita baik, kemukakan proposal untuk menyakinkan pihak penaja bagi melabur dalam bisnes kita.. :)

    BalasPadam

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...