Blog-blog Terbaharu Saya

Wah.. sudah 2 minggu saya tidak update blog saya ni sebab dalam masa tersebut saya menyempatkan diri untuk menyiapkan templat blog-blog saya yang terbaharu. Mungkin selepas ini saya terpaksa kurangkan kekerapan saya berblogging di blog ini. Ada baiknya juga buat saya dan anda. Mungkin anda dapat juga 'mengejar' entri-entri saya selepas ini atau peluang untuk anda memberikan komen yang membina di sini. :)


Saya buat blog dan reka templat ini adalah bertujuan mempelbagaikan ilmu dan niche bagi setiap blog di samping ingin menilai sejauh mana kreativiti saya membina web dan blog. Sebelum ini saya hanya menjual CD membina web dan blog, kini saya buka pula tempahan bagi anda yang berminat dengan rekaan saya. Konsep yang saya ketengahkan adalah blog simple tapi menarik. Ehem.. ehem.. ye ke? Anda sahaja yang dapat nilaikan.. :)

Ia lebih kepada blog dari blogshop. Setakat entri ini ditulis, walau saya sudah bertukar ke draf.blogger(menikmati templat terkini dari blogger blog), (walau ia percuma) tetapi 'design'nya masih lagi terhad. Jadi dengan usaha ini saya akan cuba berikan bentuk design blogger blog rekaan saya untuk dimiliki bagi anda yang berminat. Di bawah ini adalah blog-blog yang saya telah siapkan untuk kepelbagaian ilmu dan niche. Jika berminat untuk dapatkan design dari saya, PM saya yea.. :)


Ia adalah satu-satunya blog berbahasa omputih dari saya. Err.. Saya terima cabaran ini walau saya bukanlah bagus untuk berbahasa inggeris.. Harap komen yang membina datang dari anda untuk blog ini. Blog ini di hasilkan untuk memberi idea blog-blog percuma di internet sebagai pilihan untuk anda mendapatkannya.


Blog ini meletakkan kesemua blog dan web hasil rekaan saya. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat saya untuk me-reka blog atau web untuk anda, kini ia sudah terbuka. Buat masa ini saya memberikan tumpuan untuk membina mana-mana blog atau web yang lebih simple dan khusus untuk kumpulan mereka yang mahukan harga yang lebih ekonomi.

Blog ini adalah khusus untuk kupasan atau ulasan buku-buku motivasi dan perniagaan. Berita baik untuk IM juga kerana saya akan mengulas e-book - e-book yang telah saya baca.


Sukar untuk saya mendapatkan url yang sesuai. Semuanya telah pun dimiliki. Yang sedihnya, ada nama yang bagus tetapi berhantu kerana sudah lama tidak di update oleh pemilik blog itu sendiri dan ada juga tidak bersesuaian dengan tema penulisan blognya. Saya kalau boleh tidak mahu nama blog bagi blogspot itu dieja terlalu panjang.. Oh begitukah.. Akhirnya saya memilih nama ini (available) huhu..


Blog ini akan memberikan tips, info dan tutorial berkenaan permasalahan web, blog, internet dan komputer.

Jom, sama-sama kita berkongsi ilmu! :)



0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...