Tips Berhenti kerja?

Saya telah sedia ada beberapa blog mengikut niche. Saya perlukan konsistensi. Oleh kerana itu saya sudah menetapkan hari isnin adalah hari untuk saya menulis blog saya di sini. Tetapi hari ini saya masih lagi bercuti. Bercuti di Desaru Kota Tinggi Johor sejak hari Sabtu. Bermakna sudah hampir 3 hari saya di sini dan akan check out beberapa jam lagi. Walaupun sedang bercuti membawa keluarga, namun konsistensi itu perlu seperti yang saya janjikan. Sebab itu saya membawa laptop saya. Bukan setakat itu ia sebenarnya adalah back-up bagi saya sekiranya komputer utama saya mengalami break down atau sesuatu yang tidak dijangkakan berlaku.

Di Facebook tempohari ketika memasuki group PUIM (Persatuan Usahawan Internet Malaysia), seorang ahli bertanya maksudnya lebih kurang begini, "Ada tips bagaimana dan bila dapat berhenti kerja dan berniaga.." Oh.. begitulah lebih kurang maksudnya. Saya pernah berusaha-sama dengan penulis dan perunding kewangan Tuan Shamsuddin Kadir di UTHM beberapa tahun yang lepas berkenaan berhijrah dari makan gaji. Salah satu tips yang saya dapat beri adalah "Jangan terjun dengan hanya satu belon ditangan.."

Sukar untuk memberikan kesemua tips di sini. Tetapi saya ingin membuat pertanyaan kepada anda. Adakah anda berminat untuk sertai bengkel ini? Sungguh seronok dan banyak input boleh diperolehi buat diri kita. Jika anda mahukan banyak lagi tips dan mahukan bengkel itu di adakan lagi sila mesej pada saya kerana ia banyak ilmu yang berguna yang dapat diterapkan dan mungkin anda belum pernah mendengar pun tips-tips tersebut.

Ok, anda boleh beri komen di sini atau e-mel saya di mailto:mel@hairizal.com.

4 ulasan:

  1. rasanya saya tahu siapa yang tanya soalan tu....

    BalasPadam
  2. Haha.. Kita aktif di PUIM pasti akan perasan soalan tu.. :)

    BalasPadam
  3. wah, pernah datang UTHM ke

    BalasPadam
  4. Pernah. Tuan pernah belajar di sana? atau pensyarah di sana?

    Saya pernah sewa bilik kuliah di sana pada hari Sabtu untuk orang awam.

    Adik saya juga pernah belajar disana :)

    BalasPadam

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...