Pendapatan Tanpa Had


Semalam saya tak berapa nak online sangat. Saya selsema dan hampir nak demam. Minum air dari Panadol Soluble dan saya tertidur. Tapi malam saya berjaga. Tak boleh tidur bukan kerana dah tidur lama pada siangnya tetapi disebabkan sukar bernafas.. Huhu.. hidung tersumbatla tu.. Mula nak pejamkan mata tak dapat juga, dari pukul 2 pagi hingga ke jam 4.30 pagi baru saya beransur tidur. Ini pun mata dah kelat tapi memandangkan ingat pesan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed dalam e-buku saya, saya bersemangat juga untuk sampaikan ilmu yang saya ada untuk dikongsi oleh para pembaca yang sudi.


Walaubagaimanapun saya tidak biarkan masa saya berlalu dengan sia-sia, saya mengkaji dan belajar berkenaan ilmu teknikal ni melalui internet pada waktu saya masih berjaga tadi.

Ok tarik nafas dan saya akan mulakan ilmu berkenaan pendapatan tanpa had. Ada dua teknik yang saya ingin bincangkan di sini.

Multiple Stream of Income

Kita adalah makhluk yang diberikan oleh Allah dengan banyak kelebihan. Jadi gunakana kelebihan kita untuk menjana pendapatan semaksima mungkin melalui bakat, hobi, minat/kecenderungan dan jadikan kekuatan-kekuatan itu untuk meraih pendapatan yang berganda. Jika anda pandai bercakap, jadilah pengacara. Jika anda pandai memasak jadilah chef atau buat buku tentang masakan. Jika anda seorang yang berilmu dalam bidang yang anda ketahui jadilah penceramah. Rangkuman dari yang tersebut itulah contoh bagi seorang yang menjana multiple of income dari chef tersohor negara iaitu Chef Wan.

Pendapatan Pasif

Pendapatan pasif adalah suatu kerja yang dihasilkan sekali tetapi menerima pendapatan berkali-kali. Sebagai contoh :
  • Penulis buku
  • Pencipta karakter kartun/animasi
  • Pelukis komik
  • Penyanyi
  • Penceramah yang merakamkan dalam CD/VCD/DVD
  • Tuan hartanah
  • Ejen Insuran
  • dan banyak lagi...
Sudah pasti banyak peluang untuk anda mencipta pendapatan seperti ini. Tambahan lagi jika anda kombinasikan dua teknik yang tersebut di atas.

Sedikit berkenaan profil saya. Skip atau abaikan sahaja jika anda tidak mahu membaca..

Baiklah bagi rakan yang belum mengenali saya dan bisnes saya, saya suka juga nak beritahu. Saya membuat bisnes yang semuanya berkaitan SOHO - Small Office Home Office - Pejabatku Rumahku. Pengkhususan dalam motivasi perniagaan dan idea bisnes. Sebab itu di halaman 'Profil' ada gambar saya sedang memberi ceramah dan seminar. Saya juga seorang penulis. Penulis e-book dan blogger. Bisnes asas adalah dari konvensional dan mempunyai perniagaan berdaftar sejak tahun 2007 lagi.

Sejak dari tahun 2007 hingga kini 2011, masih belajar dalam pemasaran internet secara underground. Sebab itu saya masih belum dikenali oleh orang-orang baru dalam bidang ini kerana lebih tertumpu dalam bisnes secara offline dan konsistensi dalam berkunjung ke forum dan blog-blog rakan itu agak sedikit kurang. Maafkanlah saya bukan sombong nak share ilmu. Jadi dari blog inilah saya sempat untuk kongsikannya. Ada berkunjung tu, tapi tidak memberi komen hanya jadi pemerhati. Balasan buat saya juga agaknya.. hehehe..

Saya ingin dijadikan contoh peniaga yang berjaya dan membuktikan modal dari sedia ada adalah terbaik dari membuat pinjaman untuk bisnes. Buat masa ini saya sediakan dahulu asas menerusi laman web yang saya hasilkan dan juga melalui blog ini. InsyaAllah nantikan  buah tangan dari saya ye..

1 ulasan:

  1. pendapat yg baik...sy tetap jd pemerhati no 1 anda

    BalasPadam

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...