Teknik Meningkatkan Jualan


Walau apa juga bentuk bisnes samada internet atau perniagaan terbuka konvensional, anda boleh meningkatkan jualan. Di sini saya berikan 3 teknik meningkatkan jualan menerusi maksud sebenar dari istilah perniagaan ini


Up selling
Apakah yang dinamakan up selling? Bagi kita yang mungkin pernah dengar tapi kurang faham maksudnya sekarang boleh mencatatkan apa yang dimaksudkan dengan up selling itu. Up selling adalah perkhidmatan atau produk tambahan yang dipromosikan sebelum pelanggan membuat bayaran. Ia juga boleh ditawarkan dengan pemberian percuma barangan lain sekiranya membeli pakej yang disediakan. Samada produk yang sama, yang berkaitan atau produk yang berbeza.

Cross selling
Cross selling adalah tawaran produk lain sebelum seseorang pelanggan itu membuat bayaran. Kita boleh menawarkan produk yang berkaitan. Sebagai contoh anda menjual hand phone. Anda boleh menawarkan sarung atau casing yang fancy kepada pelanggan anda itu. Ia akan membuatkan pelanggan berfikir dan terus mendapatkan produk yang anda tawarkan. Ia boleh di automasikan dengan dipakejkan sekali dengan produk utama dengan tawaran harga yang lebih murah. 

Back end sale
Tawaran produk baru beberapa hari atau seminggu atau sebulan selepas jualan. Bermaksud tawaran ini adalah untuk produk baru selepas jualan yang telah dilakukan. Selalunya adalah produk yang sama jenisnya tetapi ada kelebihan yang lebih menarik atau kelainan dalam penghasilannya. Jika melalui medium internet ia boleh ditawarkan melalui sistem e-mel atau SMS menerusi no. h/phone yang telah diberikan.

Tips 1 : Anda boleh gabungkan ketiga-tiga teknik di atas agar ia lebih menarik untuk menjadikan jualan kita meningkat dengan lebih baik.

Tips 2 : Anda boleh menawarkan produk lain atau memberi idea untuk mendapatkan produk lain sebelum atau selepas pelanggan membuat bayaran. Sebagai contoh apabila seseorang akan membeli selimut, tawarkan produk lain yang ada di gerai kita seperti : "Abang nak tak beli barang lain? Di sini ada baju baby, mana tahu ada kawan yang abang nak berikan sebagai hadiah, saya boleh berikan harga diskaun? Bagaimana, boleh?" Berikan lagi potongan harga diskaun sebagai galakan untuk mereka membeli. Kesempatan ini dibuat sebelum pelanggan beredar.

p/s : Ucapan terima kasih dan layanan mesra boleh meningkatkan jualan dan dapat menghadirkan pelanggan tetap.





4 ulasan:

  1. penjualan online ini sangat bagus. tetapi tidak semua bisa bertahan dengan jumlah saingan yang cukup banyak. namun begitu, perlu fokus dan sabar. kejayaan pasti akan datang jika terus istiqamah.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..saya baru tahu term-term jualan ni. Biasa saya dengar Up Selling, rupanya ada lagi Cross Selling dan Back End Selling. Terima kasih kerana tips yang terakhir.

    Boleh lah saya mempertajamkan skil jualan saya untuk teknik pemasaran yang saya gunakan kelak. Insya Allah

    BalasPadam

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...