Bagaimana nak dapatkan idea tulis e-book?

Bismillah

pemasaran gerilla

Pada pertengahan bulan Oktober 2015 saya telah pun siapkan e-book 'Tips Bisnes FB' beserta pakej 5 e-book pelengkap yang diberikan percuma. Laman web dan program affiliate telah disediakan peringkat demi peringkat menjalani penambah baikan selepas itu.


Ada yang bertanya saya berkaitan e-book dan mungkin anda terfikir bagaimana saya dapat siapkan e-book tambahan tu dalam masa kurang setahun. Sebenarnya ia dapat disiapkan lagi cepat tetapi memandangkan kesibukan tugas penting ia di buat sedikit demi sedikit.

Ada beberapa cara. yang pertama dari kerajinan kita membaca, berkomuniti seperti di forum dan media sosial. Ada je kawan-kawan nak bagi tips. Bila kawan bagi tips jangan abaikan macam tu je. Ambil dia sebagai nota. Nota itu lah yang saya rangkumkan dari ilmu serta pengalaman saya menjadi sebuah e-book. Ye, ilmu dan pengalaman saya digabungkan dengan ilmu serta pengalaman orang lain dan menjadikan e-book kita penuh idea serta mantop!

Eh, boleh ke ambil karya orang lain?

Kita jangan copy paste... Kita baca, fahamkan dan tulis. Ia tidak akan dianggap ciplak orang lain. Kita berusaha tu dengan susah payah bukan senang macam copy paste je.. ye tak?

Ada satu lagi tips yang saya akan kongsikan di sini adalah dengan mendapatkan atau membeli PLR - Private Label Right. PLR ni kalau kita dapat, akan memudahkan kita menjana idea, memasukkan artikel ke dalam blog, mengubah mahupun tidak hingga anda dapat jual e-book tu semula dan boleh claim lah atas nama anda pun tak apa. Tidak ada yang menjadi kesalahan melanggar hak cipta pun.

Sebab tu ada penulis yang dapat menyiapkan artikel, e-book atau buku dalam masa yang singkat hanya penambahbaikan sedikit dah boleh menjual dan dapat untung. Itu lah antara ideanya. 

Nak lagi? Hehe.. Ia ada di sini : www.tipsbisnesfb.com

**Kalau ada yang nak e-book PLR, saya ada jual lagi, nanti kalau nak, mesej je kat saya ye. Ada beberapa PLR saya sudah dapat kemaskini terutama berkenaan teknologi semasa.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...