Main futsal bagi meluaskan networking perniagaan anda

Bismillah

Masa bulan syawal yang lepas hari raya ke berapa saya tak ingat, saya mendapat jemputan ke rumah terbuka kawan baik saya yang merupakan towkey kedai kek. Open house ni katanya melalui Whatsapp yang di kirim akan terbuka hingga jam 6 petang sahaja. Saya pergi agak lewat sebab saya memang kurang menggemari keadaan sesak a.k.a ramai orang. Nak parkir kereta pun susah.

Jangkaan saya silap.. huhu.. Ketika saya sampai lewat petang sekitar jam 6.20pm (tak kisahlah kann.. kawan baik.. Takkan nak halau plak kalau sampai lewat..), masih lagi ramai yang datang berkunjung... 

Haiyaaa... 
Ok, on aje lah walau kena parkir jauh sket.

tips facebook
Antara kek yang dibuat di SunCakeHouse
Bila sampai, makan-makan, berbual-bual dengan kawan-kawan yang dah kenal mahupun yang baru diperkenalkan saya dah dapat agak, dalam masa beberapa tahun ni ramai betul kawan-kawan sahabat baik saya ni mereka juga pengusaha bisnes.

Bila kita dalam suasana seperti ini jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kad bisnes dan kita juga mesti kena standby kad bisnes kita juga.

Saya tanya dengan kebanyakkan dari mereka ni bagaimana kenal kawan saya ni? Diorang cakap mereka main futsal bersama dan ada juga yang jumpa ketika bermain archery (sukan memanah tu laa..) sebab sahabat saya ni pun minat sukan sunnah Rasulullah ni siap ada set memanah kat rumah dia ni.. huhu..

Ok rumusannya. Ambil peluang bersukan, sambil bersukan ia menyihatkan badan dan juga mengunjungi majlis-majlis keraian ataupun membuat sendiri di rumah dapat juga kita perkenalkan produk baru kita kat kawan-kawan ye tak?

Ok mintak diri dulu... Adios!



0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...