Ciri Seorang Usahawan

Bismillah dan salam sejahtera,

Apa khabar? Semoga hari baru akan menjadikan kita lebih bersemangat. Bagi saya, masih lagi ada batuk-batuk. Hari ni saya mula lambat kerana makan ubat batuk dan terlena pagi tadi.


Saya biasa dengar keluhan dari peniaga-peniaga baru berkenaan hasil perniagaan yang tidak begitu menjadi. Terdapat banyak ciri-ciri seorang usahawan yang perlu ada bagi seorang usahawan dan saya pernah bercakap berkenaan dengannya dalam blog ini dulu. Tapi tak mengapa saya nak refresh balik perkara-perkara tersebut. Bagi seorang manusia biasa, kita tidak terlepas dengan melakukan kesilapan walaupun kita dah belajar bagi mengelakkan kesilapan-kesilapan tersebut. Jadi tidak menjadi hal jika kita perlu ulang dan ulang perkara yang sama.

Berniaga umpama kita berlari maraton. Buat persediaan dari segi kecergasan, nafas serta stamina. Kita tidak boleh berhenti dan menarik diri sebelum sampai ke garis akhir perlumbaan. Sama dengan matlamat. Susun perancangan agar kita buat sehingga habis fasa pertama dalam perancangan perniagaan kita.

Jom kita lihat senarai dan semak semula mana-mana perkara yang kita tertinggal yang menyebabkan kita kurang berjaya. Antara ciri-ciri seorang usahawan adalah :
  1. Berjaya memilih niche perniagaan yang kita minat. Contoh adalah dengan menjual pakaian. Untuk lebih niche mungkin kita boleh tumpukan untuk pakaian bayi.
  2. Membuat perancangan
  3. Tiada perasaan malu atau segan
  4. Berani
  5. Kuat berusaha
  6. Bersemangat setiap hari. Mulakan setiap hari dengan semangat yang baru.
  7. Bijak. Antaranya memanfaatkan peluang yang ada, mencari peluang, mengatur perancangan, membina peluang.
  8. Konsisten. Konsisten dalam memperkenalkan jenama dirinya dan konsisten dalam mengekalkan aturan kerja dan lain.lain. Pentingnya konsisten dengan jenama diri adalah supaya membuatkan orang sentiasa ingat akan kita dan niche bisnes yang kita bawakan.
  9. Bersifat mesra pelanggan.
  10. Sabar. Sabar dalam menghadapi karenah pelanggan. Sabar dalam menjalankan usaha serta hasil.


Itulah antara ciri usahawan yang perlu ada. Cuba periksa dari senarai tu kot ada yang kita tidak ada mahupun yang kita tidak buat jadi kenalah buat agar kita mendapat jalan keuntungan yang lebih baik. 

Adios!

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...