Sistem SMS dan Mencipta Penjenamaan dari Slogan

Salam Ramadhan buat semua rakan-rakan yang beragama islam semoga dapat menjalankan ibadah dengan baik. Ok dah beberapa minggu ni saya menghadiri seminar dan perjumpaan. Sebelum menjelangnya ramadhan, saya sempat menghadiri seminar perniagaan berkaitan pemasaran SMS. Memang hebat terutama bagi mereka yang mempunyai premis perniagaan sendiri kerana kali ini kami telah didedahkan dengan satu sistem pemasaran yang terkini kerana belum ramai lagi usahawan-usahawan bisnes konvensional menggunakan sistem ini.
Datang dengan motto "Seperti semut menghurungi gula". Ia menunjukkan di mana kedai kita akan dikerumuni orang ramai yang ingin membeli produk kita. Seminar yang dihadiri oleh peniaga-peniaga seluruh negeri Johor itu memberikan banyak manfaat buat peserta seminar kerana belajar satu sistem pemasaran terkini menggunakan sms. Setiap peserta telah diberi satu database yang lengkap dengan diajar teknik bagaimana untuk mengumpulkan list senarai pengguna handphone sehingga bagaimana kita dapat menghantar sms ke setiap bakal atau bekas pelanggan dengan hanya sekali klik. 

Sistemnya lebih kurang sistem autoresponder yang kita pernah guna untuk bisnes internet. Trainer sensasi dan terkenal di Malaysia, Dr. Azizan Osman juga mengganakan sistem dari Richbucks ETSI. Terima kasih buat trainer saudara Saiful Muskrizam juga CEO bagi Richbucks ETSI yang mengingatkan saya lagi berkenaan slogan. 

Satu slogan seterusnya telah menjadi jenama bagi ayam goreng KFC sebelum ini adalah "Finger lickin good.." Contoh lain adalah slogan bagi penerbangan tambang murah AirAsia pula adalah "Now Everyone Can Fly" telah terpahat di minda orang ramai. Itulah kesan jenama menerusi slogan. Tapi bagi peniaga kecil, slogan seperti KFC tu tak perlulah ikut, sebab kuasa pemasaran mereka sudah besar dan meluas, dah terkenal pun. 

Bagi peniaga yang belum lagi nak terkenal ni slogan bagi produk atau perkhidmatan mestilah lebih spesifik dan tidak terlalu umum. Ini kerana jika anda seorang penjual resepi masakan seperti menjual tepung adunan ayam goreng manakala contoh slogan anda pula adalah "Keenakan yang tiada bandingannya.." ia akan menjadi kurang berkesan. Sebab apa? 

Sekiranya saya menutup gambar ayam gorang pada bungkusan plastik jualan produk tersebut, tidak ramai orang akan tahu apakah produk sebenar yang kita ingin jual. Seterusnya hasil penjenamaan produk kita yang cuba dilekatkan diminda orang ramai kurang memberi impak yang baik. Slogan haruslah kreatif, lain dari yang lain dan menggambarkan berkenaan produk dan jangan terlalu umum.

Sebagai contoh, kita boleh meletakkan seperti ini "Keenakan ayam goreng dari resepi istimewa.." atau jika mahu lebih diingati generasi kini mungkin boleh diletakkan seperti ini "Tepung ayam goreng yang best giler!"

Tujuan kita meletak slogan seperti itu adalah supaya produk dan perkhidmatan kita akan mudah diingati dan tertanam diminda orang ramai selain ia lain dari yang lain.

p/s : Sekiranya anda berminat, dengan sistem ini boleh juga menghubungi saya menerusi emel kepada saya.

Adios..


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...