Asyraf Haziq - Bagaimana Nak Jadi Popular?

Asyraf Haziq adalah seorang pelajar biasa yang kini menjadi luar biasa kerana dikenali orang di seluruh dunia. Trafik mencurah dengan banyak lebih-lebih lagi video rakaman yang dimuat naik ke Youtube. Sehingga entri ini ditulis 458,135 (untuk satu video) penonton di seluruh dunia melihat rakaman kejadian berlaku ke atas Asyraf Haziq hanya dalam beberapa hari.
Nama Asyraf Haziq sangat sinonim dengan rusuhan di London baru-baru ini. Tidak perlulah saya bercerita panjang berkenaan rusuhan kerana jika kita taip sahaja 'Asyraf Haziq' pada web browser, berbagai cerita berkenaan beliau dan punca sebenar rusuhan akan dapat di jumpai. Sekarang ini saya mahu menumpukan bagaimana atau dapatkah kita jadi popular seperti Asyraf Haziq. Asyraf Haziq ada ceritanya yang tersendiri apatah lagi kejadian seperti itu pun dia tidak tahu akan berlaku dan tidak mahu pun berlaku ke atas dirinya.

Dalam bisnes terutama di internet, menjadi popular sangat menguntungkan. Jadi, apa pendapat rakan-rakan sekelian berkenaan bagaimana kita boleh jadi popular? Tak payah cerita nak jadi artis atau personaliti yang dermawan, memang akan popular punya. Jadi di bawah saya senaraikan beberapa cara untuk jadi popular..
  • Buat satu kontroversi. Tak kiralah kontroversi berkenaan apa, kita boleh fikirkan. Tapi fikirkan untuk jangka masa panjang adakah ia membawa impak yang positif atau sebaliknya?
  • Selalu memberikan sesuatu dengan PERCUMA
  • Membuat blog hiburan atau berkenaan artis.
  • Membuat kerja-kerja amal dan mendapat liputan di media cetak dan elektronik.
  • Membantu kepada mereka yang memerlukan bantuan.
  • Membuat penampilan yang unik dan lain dari yang lain. Perkara ini juga perlu kepada hebahan yang tersedia.
  • Membuat sesuatu yang pelik.
  • Rajin dan konsisten memberi pendapat di Facebook, Twitter, Google group, Blog, Forum dan yang seumpamanya.
  • Belajar untuk penjenamaan diri atau bisnes.
  • Belajar teknik SEO (Search Engine Optimization)
Ok, adakah pendapat lain dari rakan-rakan sekelian? Bolehlah memberikan komen dibawah ini. Terima kasih diucapkan sangat-sangat kepada yang sudi memberi pendapat. Saya amat menghargai anda sekelian.

Ruangan Khas.. Popular Jika Anda Orang yang Kidal?

Saya memilih hari ini untuk menulis adalah kerana beberapa sebab. Tetapi hari ini adalah hari yang saya tidak boleh lupakan. Ia adalah kerana hari ini adalah hari KIDAL SEDUNIA  yang disambut pada setiap 13hb Ogos setiap tahun. Orang kata (saya kata hehe..), orang kidal ini kreatif, seni dan mempunyai faktor X atau kelebihan yang lain dari orang yang lain. 

Orang yang bertangan kidal hanya meliputi 10 peratus dari penduduk dunia. Antara personaliti hebat yang saya kenali menggunakan tangan kiri adalah seperti Man Kidal pemain gitar hebat yang tidak asing lagi di Malaysia, Barack Obama - Presiden Amerika Syarikat, Lin Dan, pemain badminton dunia yang sukar ditewaskan, dan saya sendiri kihkihkih..

Saya adalah salah seorang yang menggunakan tangan kiri untuk setiap kerja yang dilakukan termasuk bersukan. Dalam kelebihan yang ada (termasuk seorang rakan saya yang suka bermain untuk beregu bersama dalam badminton), kami tetap menghadapi masalah kerana banyak peralatan dilihat tidak adil buat kami. Tak mengapa, sebab itulah mungkin ia dilihat sebagai satu kelebihan kerana nak tak nak, saya kena biasakan juga dengan peralatan tersebut. Walau bagaimanapun saya tetap makan menggunakan tangan kanan dan membuat perkara-perkara baik menggunakan tangan kanan selagi tidak kekok. 

Beberapa hari ini saya suka sebut berkenaan faktor X. Faktor X bagi orang yang kidal dapat dilihat dari perbuatan dan hasil kerjanya. Kebanyakkannya memang lain dari yang lain. Dan sebab itu seseorang kidal boleh jadi seorang yang amat dihormati dan boleh jadi seseorang yang sangat popular. Jom, buat yang kidal atau ada pengalaman berkawan dengan orang kidal boleh dikongsikan di sini juga.

10 fakta menarik buat tangan kidal - Dari sumber coklateyes.blogspot.com
  1. Hari Tangan Kiri Sedunia diraikan bermula 13 Ogos 1976 oleh Persatuan Tangan Kiri Antarabangsa.
  2. 7 % daripada populasi manusia di dunia adalah bertangan kiri. *kira special lah ni. 
  3. Selain digelar "Lefties", si kidal ni jugak digelar "Southpaws"
  4. Seorang daripada 4 orang angkasawan Apollo adalah kidal
  5. 4 daripada 5 orang pencipta asal Macintosh adalah kidal 
  6. George W.Bush, Bill Clinton dan Barack Obama adalah seorang yang kidal
  7. Pablo Picasso, Isaac Newton, Albert Einstein, Leonardo DaVinci, Michelangelo juga kidal
  8. Orang yang bertangan kiri, adalah lebih mudah melihat apabila dalam air berbanding yang tangan kanan
  9. Kebanyakan peralatan dicipta untuk orang yang bertangan kanan contohnya, pemetik api dapur
  10. Ada beberapa syarikat yang mengeluarkan barangan khas untuk mereka yang kidal.
Adios...




0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...