Tetap terus dan lakukan matlamat walau sibuk

Wah... Hampir sahaja saya tidak dapat menulis lagi hari ini. Oleh kerana saya telah membuat satu matlamat dan teringat tips dari mantan Perdana Menteri Tun Mahathir, langsung saya teruskan juga menulis walau sesibuk mana sekalipun. Memang dalam masa dua minggu ini, saya dapat melihat urusan dan masa saya berada pada tahap gaban (tertinggilah tu..). 

Beberapa hari lepas sibuk dengan jemputan perkahwinan beberapa tempat, memandu ke sana, memandu ke sini, nasib baik pandu kereta, kalau tunggang kuda mahu saje kuda tu buat side kick kat saya.. huhu.. almaklumlah cuti sekolah.., Lepas tu kerja-kerja membuat e-book baru dan membaiki e-book lama, menyiapkan dan menyunting blog perkongsian dan masih dalam pembaikan dan lagi pada hari ini saya akan ke Melaka membawa anak dan isteri melancong.. Oh~

Saya teringat catatan saya ketika saya berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Di sini saya akan paparkan catatan itu buat anda rakan pembaca sekelian. Kira ini satu catatan sejarah perniagaan saya yang berlaku pada 2009 di Kuala Lumpur. Bacalah catatannya di bawah ini.

Pada 24hb December 2009, saya bertolak ke Nilai rumah adik. Esoknya ke KL bagi meninjau keadaan bisnes disana dan juga membeli belah (beli dan terus belah..Kalu lagi lama kat kedai tu lagi parah, duit ditarah..)

Apa yang saya perhatikan selama 3 hari meninjau disana terdapat beberapa teknik jualan, samada baru atau yang telah saya huraikan dalam post di blog ini. Ada juga yang langsung tak menunjukkan teknik jualan membuatkannya tiada tarikan langsung ke situ. Sekali lagi ingin saya kongsikan cara jualan penambat jiwa sekali dengan saya terjebak.. Oh! (Memang saya perlu pun barang tu.. :) )


So, teknik apa yang saya jumpa semasa disana? Banyak sebenarnya antaranya adalah:
  • Cara mereka mempamerkan keseronokan terhadap produk,
  • Menunjukkan ciri-ciri produk serta kelebihannya.
  • Demonstrasi untuk menampakkan kelebihan produk,
  • Kaedah meletakkan iklan serta promosi dianggota badan,
  • Produk yang kreatif dan inovatif,
  • Mesra dan ramah,
  • Kaedah mencuba dahulu secara percuma,
  • Konsep Teaser –Membuatkan bakal pelanggan tertanya-tanya dan tertarik.
  • Membuka harga promosi hujung minggu/ cuti umum
  • Dan banyak lagi sebenarnya.
Cuba aplikasikan pula ciri-ciri ini pada perniagaan anda pula, bagaimana? Jadi, apa yang saya ingin kita sama-sama lakukan adalah, tetapkan matlamat kita walau berhadapan dengan suatu rancangan yang tidak dirancang.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...