Menjana Pendapatan Lumayan



Inilah kata kunci yang sering kita cari. Menurut pengamatan saya, kata kunci seperti tajuk di atas dicari oleh empat golongan iaitu :
  1. Mereka yang telah berada dalam kesempitan kewangan,
  2. Mereka yang bercita-cita untuk kaya (kalau boleh biarlah kaya dengan cepat..),
  3. Ia di cari oleh mereka yang ingin tambahkan pendapatan
  4. Bahkan ia dicari juga oleh golongan yang sudah mempunyai pendapatan yang hebat dan ingin mencuba menambahkan lagi pendapatan mereka.
Syabas saya ucapkan bagi golongan yang ke-3 kerana berusaha ke arah itu. Tapi biarlah diutamakan dengan kesedaran mengukuhkan kewangan untuk simpanan kemudian hari ketika masih berada di dalam zon selesa dalam kehidupan. Kata pakar kewangan saudara Azizi Ali, perkara yang paling berisiko dalam hidup berkenaan pendapatan adalah mereka yang tidak mempunyai pendapatan kedua. Itulah yang saya ingat dengan maksud yang disampaikan. 

Tapi saya percaya, ramai yang ingin menjana pendapatan tetapi tiada bimbingan bagi menuju ke arah itu, buntu dan kemudian berputus asa untuk terus memikirkannya. Begitu juga yang pernah mencuba, gagal dan kemudian berfikir secara negatif langsung tidak mahu memikirkan untuk mencuba lagi dengan mencari jalan yang betul bagi menjana pendapatan. Jadi bagaimana kita dapat menjana pendapatan yang lumayan? Ya, bukan menjana pendapatan sahaja tetapi lumayan juga pak! Kata seorang tokoh jutawan terkenal, “Jika anda punyai produk yang bagus tetapi anda tidak berjaya membuat jualan, anda tidak berjaya..”

Menjana pendapatan lumayan juga ditafsirkan bagaimana kita boleh menambah atau memaksimakan jualan. Psikologi manusia memainkan peranan penting bagi kita menghasilkan jualan.  Ia terletak pada diri kita, bakat yang ada dan masa yang sesuai melancarkan produk. Terdapat 3 elemen penting yang boleh kita rujuk untuk memberikan impak terhadap jualan.
  1. Permintaan. Yang terdiri dari keperluan, kemahuan dan kuasa pengubah. Kuasa pengubah bermaksud kita mampu memujuk bakal pelanggan mengubah dari tidak perlu kepada keperluan, langsung terus menjadikan mereka pelanggan kita. Contoh : Jika anda menjual buku bertajuk bisnes dengan buku bertajuk kekayaan agak-agak yang mana lebih mendapat sambutan? Itu adalah kesan psikologi terhadap yang mana lebih memerlukan.
  2. Nilai. Ia berkaitan harga yang di tawarkan. Ia juga bergantung kepada produk/perkhidmatan dan individu itu sendiri iaitu nilai yang ada pada kita. Contoh : Terdapat dua individu yang mengiklankan sebuah seminar yang sama dari tajuk, masa, kemudahan dan input. Tetapi salah seorang penceramah A itu lebih dikenali dan terkenal dari seorang penceramah B yang kurang ternama. Yang mana akan jadi pilihan kita? Sudah pasti yang lebih dikenali walau penceramah A itu meletakkan yuran lebih tinggi dari penceramah B yang kurang dikenali tersebut.
  3. Diri individu. Ia berkaitan pula dengan peribadi, produk/ perkhidmatan yang ditawarkan, kapasiti tenaga iaitu berkaitan pula dengan kecekapan dan kepantasan, kualiti iaitu berkaitan dengan nilai produk dan penyudah bagi khidmat yang ditawarkan.
Kesimpulan dari tajuk ‘menjana pendapatan lumayan’ adalah bagaimana kita dapat memaksimumkan jualan dan mengoptimumkan setiap punca yang boleh kita promosikan atau kaedah yang dapat digunakan. Di sini terdapat pula 3 faktor pengubah kepada kuasa membeli dan mendapatkan khidmat yang kita tawarkan.
  1. Idea. Idea baru atau kreatif atau sesuatu itu di inovatifkan. Bermaksud tarikan dari kelebihan dan kelainan yang ditonjolkan.
  2. Jenis iklan dan cara promosi. Iaitu dari tawaran. Contoh : Melalui surat jualan yang dihasilkan.
  3. Personaliti diri yang membentuk kredibiliti pemboleh ubah kepada kepercayaan dan keyakinan dari pelanggan. Ini yang penting sekali yang perlu dijaga dan diperbaiki berkenaan cara kita berurusan atau berbicara dengan orang lain.
Selain itu kita mesti berilmu dan sentiasa mencari ilmu terutama berkaitan perniagaan dan pemasaran. Sentiasa berkeinginan untuk belajar dan ambil tahu. Ini kerana ada banyak benda baharu dipasaran, kaedah dan cara terkini yang kita boleh pelajari bagi memperbaiki jualan.

Timing atau masa yang sesuai untuk memasarkan produk juga adalah penting. Bermaksud kita telah sedia ada produk, menunggu masa yang sesuai dan perlu bersedia atau memperbaiki kelemahan produk tersebut. Melihat dan meninjau produk yang sama yang telah dikeluarkan oleh orang lain baru memasang strategi untuk pemasaran yang lebih baik. Jangan terlalu cepat, tergesa-gesa mengeluarkan produk berkenaan kerana orang ramai belum kenal produk tersebut dan jangan terlalu lambat kerana pelanggan telah ramai pula mendapatkan produk yang sama.

Memasarkan dahulu produk bagus sekiranya mempunyai modal yang besar untuk jadi peneraju tetapi bersedia dengan langkah pengiklanan dan promosi yang berterusan. Jika kita hanya jadi pendahulu tetapi tanpa promosi yang berterusan, akibatnya akan ada mereka yang punyai modal yang lebih besar akan mengambil kesempatan atas produk yang sama kerana mereka sudah ada pemangkin sebelum ini (oleh kita) untuk menjadi lebih dikenali.

Beberapa contoh yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan yang lumayan :
  • Kerjasama dan usahasama pelbagai pihak atau rakan niaga.
  • Medium pengiklanan yang sesuai. Sebagai contoh melihat kepada sasaran pelanggan.
  • Merekrut ejen jualan dan ejen pemasaran
  • Mendapatkan dan menjalankan seberapa banyak kaedah promosi
  • Daya tarikan, contohnya dari surat jualan atau web copy yang dihasilkan.
Saya juga tidak akan dapat hasilnya jika saya mengabaikan langkah-langkah yang disebutkan atau saya silap membuat perancangan yang betul. Sebenarnya pendapatan itu ada formulanya. Formulanya adalah seperti ini : Nilai x Masa = Pendapatan. Tetapi bagi melipat gandakan pendapatan formulanya adalah : Nilai x Masa x Skalabiliti = Pendapatan. Begitulah di antara tips yang dapat dimuatkan dalam entri ini semoga ianya membantu. 


Oh ya, selalu kita lihat bisnes berbentuk program-program angka yang mengeluarkan tajuk seperti entri ini, sebagai contoh  ‘Skim Cepat Kaya’, ‘Skim Kutu’ dan yang ‘sewaktu’ dengannya. Cubalah elakkan dari membuat program-program seumpama itu.





0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...