Akta Perniagaan Jualan Langsung (MLM) - Skim 'Kutu'


Kita ni masih tidak serik-serik bagi mendapatkan wang 'mudah'. Takut-takut kita terjerat dalam skim cepat kaya yang diharamkan kerajaan. Apa jua bentuk perniagaan bukanlah mudah untuk dapatkan wang dengan senang. Walaupun di ajak untuk mendapatkannya. Bukanlah dengan dok goyang kaki atau hanya dengan satu kali klik (medium internet) kita akan dapat duit. Dari mana dapat sumber duit tu? Dan dari mana kita boleh mendapat wang? Adakah kerana ia datang dari seorang yang dermawan? Hehe.. Sebenarnya yang dermawan kita.. Kita perlu berfikir lebih luas dan jauh ke hadapan. Fikir logik dan rasionalnya. 

Nampaknya kerajaan ambil serius masalah ini. Kita banyak terdedah dengan penipuan dan atas sebab itu kerajaan meminda Akta Perniagaan Jualan Langsung (MLM) bagi menghalalkan skim itu. Anda boleh klik di sini untuk artikel Berita Harian Online. Walaubagaimanapun kita perlu berusaha untuk dapatkan wang itu dan tidak boleh berputus asa. Sebenarnya apa yang mudah bagi bisnes itu adalah kita suka untuk buat pekerjaan atau bisnes tersebut. Jika kita buat bisnes adalah kerana wang semata-mata dan melihat bisnes penjanaan wang mudah akan kita perolehi sebenarnya kita silap. Mungkin kita tidak akan dapat satu sen pun. 

Kalau benar ia mudah, adakah bisnes kita tidak akan menganiaya orang lain atau bisnes yang kita lakukan itu tidak melanggar undang-undang atau menyalahi hukum agama? Minta maaflah sekiranya artikel saya ini tidak menyenangkan anda yang sudah terlibat atau bersemangat untuk terlibat dalam bisnes seumpama ini. Ini adalah kerana saya ikhlas untuk membantu dan rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan sesuatu yang kita terlepas pandang, bukanlah berniat untuk menjatuhkan bisnes orang. 

Tetapi yang salah tetap salah dan saya akan tetap menidakkannya. Jika kita adalah orang yang mencipta bisnes ini dan rasa sistem bisnes ini salah, cepat-cepat betulkannya dan minta nasihat mereka yang pakar dan layak. Dapatkan ilmu berkenaan perniagaan. Jika  anda berminat, anda juga boleh dapatkan e book yang telah saya sediakan  dengan hanya klik sahaja imej e-book di sebelah. Wang itu menggembirakan tetapi bukan semua kegembiraan itu datang dari wang. 

Sekali lagi saya ingatkan, buatlah bisnes kerana kita suka atau minat untuk melakukannya bukan atas kerana wang yang diutamakan semata-mata. Percayalah jika kita suka untuk melakukan pekerjaan itu kita akan peroleh kenikmatan mendapat ganjaran daripadanya. 

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...