3 langkah mudah bisnes SOHO


Untuk memulakan bisnes SOHO hanya memerlukan 3 langkah mudah sahaja. Tetapi sebelum itu tanya pada diri mahu atau tidak untuk menjana pendapatan melalui bisnes. Wajar jika anda memilih mahu kerana kita perlu fikirkan masa depan kita dan keluarga. Lagi pun bisnes SOHO adalah antara bisnes yang paling selamat bagi diusahakan. Lihat entri sebelum ini.

Tiga langkah tersebut adalah langkah asas sahaja. Jika hendak diperincikan lagi mungkin ia boleh ditambah kepada beberapa langkah lagi. Ia adalah mengikut keperluan juga mengikut jenis bisnes yang kita lakukan samada produk atau perkhidmatan. Apakah 3 langkah tersebut?

  1. Idea
  2. Persediaan Maklumat
  3. Bertindak

Idea. Pelbagai cara orang mendapatkan idea. Yang terkini ada formula untuk mendapatkan idea iaitu dengan melihat tarikh lahir seseorang kemudian membuat kiraan dan memperolehi jawapannya. Cara ini saya mendapat banyak pendapat mengenainya. Tetapi jika ditanya pendapat peribadi dari saya, lihatlah ia sebagai idea sahaja dan tanya kepada diri sendiri kerana gerak hati kita sahaja yang tahu. Jangan mempercayai nasib, rezeki dan sebagainya adalah bergantung sepenuhnya kepada kaedah tersebut.

Ok, selain dari itu kita boleh melihat kekuatan dan kelebihan diri kita dimana bakat dan minat kita berkenaan sesuatu perkara. Idea melalui cara ini adalah yang terbaik buat kita. Cambahkan idea tersebut. Mungkin anda minat memasak, tidak semestinya anda perlu buka kedai makanan. Ya, buka kedai makanan kebiasaannya memerlukan modal yang besar dan kita telah mengambil keputusan untuk membina bisnes SOHOkan?

Mungkin anda boleh menulis resipi masakan jika anda minat dan berbakat dengan menulis. Idea lain mungkin anda boleh mengusahakan bisnes catering secara kecil-kecilan.. Haha.. Itu satu contoh sahaja agar kita dapat mengembangkan idea bagi idea-idea yang lain. Cambahkan idea tersebut atau jadikan ia lebih kreatif atau mungkin inovatif untuk ciri yang biasa di lihat.

Persediaan maklumat. Rumusannya adalah dari mana kita dapat sumber dan maklumat berkenaannya. Siapakah sasaran pelanggan kita. Kita perlu bersedia untuk idea bisnes ini dan juga budget keseluruhan yang kita ada. Tulis setiap sesuatu berkenaan idea bisnes tersebut dengan merancang, merangka dan menyusun langkah-langkah yang perlu.

Bertindak. Apabila kita telah mendapat maklumat dan persediaan, langkah seterusnya adalah bertindak dengan kerja-kerja yang perlu di lakukan. Pilih kaedah mengiklan dan promosi menerusi budget yang kita ada. Inilah langkah terakhir. Jika kita tidak bertindak dengan menjalankan langkah-langkah yang telah dirancangkan, idea-idea yang telah kita putuskan, ia tetap tidak akan berhasil tanpa tindakan yang diambil.

Tiga langkah asas ini adalah mudah jika ada usaha dan kesungguhan untuk menghasilkannya. Yang susah adalah diri sendiri jika hanya berfikir tanpa ada sebarang tindakan.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...