SOHO – Bisnes paling selamat



Definisi SOHO – Small Office Home Office.

Bagi mereka yang berniaga dan beroperasi dari rumah walaupun hanya mengambil upah ia juga dikira bisnes SOHO. Selama saya mengusahakan bisnes SOHO, saya memperuntukkan modal yang kecil untuk memulakan bisnes. Sesiapa juga boleh menjalankan bisnes. Bagi yang tidak mempunyai modal yang besar, solusi yang saya cadangkan adalah dari bisnes-bisnes SOHO kerana kebanyakkan bisnes SOHO hanya bermodal rendah dan bisnes ini baik bagi mereka yang mahu belajar berniaga atau berjinak-jinak dengan alam perniagaan. 

Sebenarnya maksud modal kecil adalah sangat subjektif kerana ia bergantung kepada keupayaan seseorang menilainya dari belanjawan yang sedia ada. Jika saya kata memulakan bisnes dengan modal serendah RM500 tetapi bagi sesetengah orang mereka menganggap RM500 cukup besar walaupun pada saya ia adalah modal permulaan yang kecil sahaja. Modal ini bergantung juga kepada apakah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Baiklah kita tak mahu RM 500! Kita mulakan bisnes dari modal di bawah RM100... Amacam ok tak?

InsyaAllah boleh... Sudah ramai yang memulakan bisnes modal di bawah RM 100 sahaja dan telah berjaya, kini mereka sudah punyai syarikat yang kukuh. Saya beri satu idea hanya sebagai contoh sahaja. Jika anda minat berkebun dan mempunyai bakat menghias laman. Modal bagi anda hanyalah
  1. Gunting pemotong daun = RM20 (anggaran sahaja sebagai contoh)
  2. Penyapu laman = RM10
  3. Pongkis = RM10
  4. Modal iklan – contoh... Sisipan akhbar 500 helaian termasuk kos membuat dan mencetak = RM50
Jumlah keseluruhan hanyalah RM90 sahaja! Kenapa saya kata ianya selamat kerana jumlah wang yang diperuntukkan tidaklah begitu besar dan kita menggunakan kaedah bootstrap iaitu modal kecil-kecilan dari simpanan sendiri sahaja tanpa membuat sebarang bentuk pinjaman kewangan.

Buatlah secara sambilan terlebih dahulu ini satu cadangan. Ia sebagai langkah lebih selamat. Saya dahulu pun membina bisnes internet bermula dari banyak sumber yang percuma sahaja. Ia sebenarnya adalah proses pembelajaran. Bagi melihat idea yang lebih banyak dan penjelasan lihat e-book saya disebelah kanan dan klik pada imej tersebut. Atau klik sahaja di sini.

Mulakanlah dari bisnes yang kecil-kecil dahulu baru bina bisnes yang besar ia adalah lebih baik melainkan jika mahu membuat bisnes konvensional yang lain dan sudah punyai modal yang besar. Seriuslah dalam menjalankan sebarang bentuk bisnes dan binalah secara terancang. Takut dengan risiko, elakkanlah ia dari awal dengan ilmu. Berani untuk berjaya!

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...