Berikan sebab kenapa anda mahu buat BISNES?

Banyak sebab sebenarnya kenapa saya terdorong melakukan bisnes. Antara tujuan saya menjalankan bisnes adalah ingin mencapai kebebasan dan kesenangan hidup. Alasan ini adalah alasan besar saya dan di dalamnya banyak lagi sebab kenapa saya mesti menjalankan bisnes. Namun alasan ini adalah terlalu umum. Apabila dinyatakan dalam keadaan yang terlalu umum tanpa alasan yang spesifik, kita tidak akan memperolehi kekuatan untuk teruskan bisnes kita. Mungkin anda boleh nyatakan alasan spesifik anda seperti dua contoh di bawah ini.
  1. Saya mahu hapuskan hutang yang ada dan tidak mahu lagi berhutang. - Jika tidak mahu berhutang nyatakan dalam bentuk angka tepat kemudian tulis dan tampal pada tempat kita sentiasa dapat lihat setiap hari seperti.. "Kini baki terkini hutang kereta saya pada bulan ini adalah RM 9,540.20 dan sasaran saya untuk menetapkan bayaran sekali ganda pada akhir bulan ini dan pada bulan-bulan berikutnya iaitu RM 1,000 bagi mempercepatkan proses pelupusan hutang dan saya akan dapat merasai nikmatnya memiliki kereta saya yang sebenar. Saya akan dapatkan gerannya pada 31.12.2011. Kerana dengan cara ini akan menguntungkan saya. Ini bermakna saya akan gandakan usaha saya menambahkan sumber kewangan saya. Saya boleh melakukannya". Tebalkan atau highlight perkataan yang menggambarkan keadaan yang menggembirakan. Mungkin anda boleh memikirkan perkataan yang menggambarkan kebimbangan juga. Yang penting anda selalu termotivasi untuk melaksanakan perkara yang baik ini.
  2. Saya mahu melancong/menunaikan haji bersama keluarga. - Seperti langkah di atas, tetapkan bila dan berazam untuk capai sasaran tersebut. (Walaupun kuota haji tidak membenarkan, yang penting jumlah wang yang terkumpul untuk ke sana telah tercapai dan jangan diusik) Bukalah akaun bagi menyukarkan anda mengeluarkan wang tersebut. Buatlah alasan seperti ini "Kerana atas sebab itu, saya akan jalankan bisnes kerana dengan bisnes saya yakin akan memperolehi sumber wang yang akan mencapai cita-cita saya tersebut".
*Bagi alasan-alasan lain juga adalah lebih sempurna dinyatakan secara spesifik seperti dua contoh di atas. Mungkin alasan anda untuk membuat bisnes juga tersenarai seperti di bawah.
  • Saya mempunyai simpanan wang yang cukup untuk hari tua
  • Saya mahu membuat simpanan untuk keperluan keluarga saya terutama untuk anak saya
  • Saya mempunyai simpanan yang kukuh bagi menampung keperluan dan terhindar dari kesukaran hidup.
  • Saya mahu bersara dari melakukan sebarang kerja pada usia 45 tahun. Saya bebas ketika ini samada mahu melakukannya sebagai hobi atau membuat kerja-kerja amal.
  • Saya mencapai kebebasan kewangan dan simpanan saya yang lain mampu untuk menampung kehidupan saya sekeluarga sekurang-kurangnya keperluan asas selepas melangsaikan hutang rumah dan kenderaan.
Dengan sebab-sebab yang di atas, maka kita akan mencapai cita-cita dan mencapai matlamat gaya hidup yang kita impikan selama ini. Bagi saya, seperti yang saya beritahu sebelum ini kekuatannya adalah kerana saya mahu bebas. Bebas kewangan, bebas masa, bebas kongkongan di tempat kerja, bebas melakukan apa sahaja yang kita suka tanpa paksaan, bebas dalam beribadat kepada Tuhan dan bebas bebas bebas.. hehe.. yang baik-baiklah..
Foto ayah

Tetapi ada satu sebab yang lebih kuat sekarang ini adalah untuk sentiasa dapat menjengah ibu dan ayah saya yang sakit. Ayah saya terlantar kerana angin ahmar (strok) Tiada siapa yang dapat menjaga mereka ketika ini serta bertanyakan keperluan harian. Adik beradik mempunyai kerjaya dan berada jauh, jadi sayalah harapan untuk selalu dapat menjengah ibu dan ayah saya lebih kerap. Pernah sekali ibu terjatuh bersama ayah kerana cuba mengangkat ayah yang strok untuk memandikan beliau. Mujurlah saya berada di situ. Dari saat itu azam saya untuk berhenti kerja dan memulakan bisnes sepenuh masa semakin kuat.

Kita perlu senaraikan apa sebab-sebab yang kuat untuk kita membuat bisnes. Atau kita perlu berfikir apakah perkara yang bakal menhantui hidup kita sekiranya kita terkeluar dari zon selesa di saat itu secara tiba-tiba. Senaraikan perkara-perkara tersebut. Ia sudah pasti perkara yang menakutkan seperti kesempitan hidup kesukaran dan kesusahan. Dapatkan alasan kenapa kita wajib menjalankan bisnes ini sebagai contoh kenapa kita mesti menjalankan bisnes Internet. Tetapi adalah satu kesilapan sekiranya alasan kita membuat bisnes adalah untuk wang semata-mata.

So, rumusannya apabila kita membuat senarai ini baca seperti kita membuat matlamat, tulis dan tampal di tempat yang selalu kita boleh lihat. Ini akan membentuk semangat kita konsisten dengan tindakan kita untuk menjadi kaya dengan bisnes.

p/s : Sebelum ini saya ada menulis entri berkenaan bisnes-bisnes yang selamat. Ikuti dan pertimbangkan tips-tips yang saya berikan semoga dengan tips itu ia bakal membantu anda. Jangan takut kegagalan, dapatkan ilmu dan gunakan teknik-teknik yang diperolehi. Sikap yang positif perlu lebih dan dibentuk. Lihat sahaja contoh mereka-mereka yang berjaya pada hari ini. Berani gagal, berani juga untuk berjaya. Dapatkan ilmu yang betul untuk mengelakkan risiko kegagalan.







0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...