Bisnes Sempurna

Wah.. Apa dia bisnes yang sempurna tu ye? Haha.. sebenarnya entri kali ini bukanlah ingin membincangkan berkenaan jenis bisnes yang sempurna. Tiada yang benar-benar sempurna dalam diri kita hamba Allah ni.. Jika kita rasa apa yang kita dah lakukan itu sudah sempurna ia bukanlah sempurna tetapi ia adalah usaha yang terbaik dari kita. Tiada titik kesempurnaan dalam apa jua yang kita lakukan. Jika sempurna, mengapa masih lagi ada orang yang tidak minat, tidak puas hati, tidak suka atau tidak membeli pun dari kita?

Kadang-kadang saya sendiri pun terkena sindrom kesempurnaan ini sehingga melambatkan usaha saya memberi manfaat buat orang lain. Alhamdulillah apabila teringat saya akan terus laksanakan. Bagi mereka yang ingin jadi usahawan, ada diantara mereka yang menangguhkan hasrat mereka kerana tiada kesempurnaan jika tiada peralatan, kelengkapan lainnya dan premis (tempat) yang memerlukan modal bagi merealisasikan impian. Kalau macam tu bukan lagi modal wang yang kecil atau modal sedia ada yang diperlukan, ia suatu modal yang besar. Maka akan terjadilah keadaan bergolok bergadai atau meminjam.

Apa yang dibimbangkan, bisnes sudah jalan, hutang semakin membesar, keuntungan belum lagi dapat-dapat... Sebagai contoh, untuk membuat bebola ikan, yang sepatutnya ia jadi betul-betul bebola ikan dari segi bentuk, rasa dan kualitinya bukannya jadi keropok lekor. Di samping kita perlu membuat kajian pasaran. Ibu saya berjaya membuat bebola ikan dengan menggunakan apa yang ada sahaja tanpa memerlukan 'kesempurnaan' mesin canggih yang bermodalkan ratusan ribu ringgit. Jika ia dijual, keuntungan hasil jualan itulah yang akan ditambah kepada modal bagi memiliki 'kesempurnaan' yang lebih baik.

Jangan dirisau tenteng modal, teruskan dengan apa yang ada walau tiada modal untuk membeli kuali besar bagi menjual goreng pisang. Gunakanlah kuali yang kecil dahulu pun tidak mengapa. Sekecil mana modal, sekecil itu juga risiko dan lebih selamat. Kesempurnaan yang sebenarnya adalah apabila kita dapat menjual, pelanggan dapat membeli dan dapat manfaatnya iaitu urusan dapat dijalankan dengan baik. Di sini, saya bolehlah berikan di entri ini hanya kepada tiga perkara.
  1. Asas - Apa yang kita tahu, apa yang kita ada dan tersedia bagi dapat menjual iaitu produk atau perkhidmatan yang dapat ditawarkan. Ia sudah tentu datangnya dari keperluan dan kemahuan seorang manusia. Rumusannya dapatkah kita berurusan jual beli ini terlaksana.
  2. Diri - Persediaan dari segi mental, sikap, ilmu, teknik, cara, peribadi diri kita dan sebagainya.
  3. Pelanggan - Mereka dapat membeli dengan baik, mereka dapat membeli dengan senang hati, gembira, puas hati apabila keperluan atau kemahuan mereka tertunai tanpa mengalami kesukaran dalam urusan.
Itulah kesempurnaan sebenar bagi peniaga. Jalankan bisnes dahulu sedikit demi sedikit, perbaiki mana-mana kekurangan untuk dapatkan yang terbaik. Baik buat kita, baik buat pelanggan. Jika hendakkan kuali besar, mesin pemproses canggih, kilang dan sebagainya bila lagi akan bermula? Gunakanlah dahulu dari apa yang ada dan sedia ada.

p/s : Modal terbahagi kepada 2 jenis. Modal ketara dan modal tidak ketara. Modal ketara adalah wang, peralatan dan sebagainya. Tapi biasanya yang kita nampak adalah modal wang... ~Oh :p


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...