Cemburukan Kejayaan Orang Lain

Cemburu ni ada baik ada buruknya. Cemburu yang buruk adalah apabila kita cemburu kita akan menghancurkan orang lain tanpa disedari kita akan menjatuhkan sekali diri kita. Cemburu yang baik adalah apabila kita melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain lalu membakar semangat kita untuk bersama mencipta kebahagiaan atau kejayaan orang lain atau mensasarkan untuk lebih baik dari mereka.

Cemburu bercampur gembira apabila saya melihat ramai juga rakan-rakan saya dahulu yang tidak nampak potensi kejayaan mereka tiba-tiba di lihat berjaya memiliki apa yang kebanyakan orang lain impikan dalam hidup mereka. Benar, jika kita belajar setinggi mana pun tetapi kita tiada memiliki semangat serta tindakan untuk berjaya maka kita akan jadi orang yang sama sehingga ke akhir hayat.

Tetapi dalam kehidupan ini memiliki segulung ijazah merupakan satu bonus tetapi lebih baik jika kita berjaya menjadi seorang yang hebat bukan kerana kita memiliki gaji yang besar tetapi berjaya membayar gaji untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain. Rakan-rakan saya yang berjaya itu tidak memiliki sebarang ijazah dari sebarang Universiti pun, tetapi apa yang saya kagum adalah kerana usaha yang mereka telah lakukan.

p/s : Saya cemburu dan membakar semangat saya lagi untuk berusaha lebih gigih.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...