Penghujung Syawal Perasmian Blog Baru!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Mari-mari, saya menjemput untuk malam terakhir Syawal ini rumah terbuka blog baru saya... Bukannya apa, sebelum ini saya punyai blog sendiri yang memaparkan tulisan berbentuk keusahawanan tetapi telah lama saya tinggalkan sebab perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

Blog saya yang terdahulu saya dah remove kan dari perkongsian Control Panel laman web saya kerana terlalu banyak SPAM ditambah pula disc space yang terhad kurang sesuai untuk sebuah web log. Macam rumah yang ditinggalkan lama pasti banyak dah berpenunggu, sama jualah seperti blog saya yang terdahulu.

Nampaknya lepas ni perlu perketatkan jadual untuk berblogging dengan niat untuk menyampaikan ilmu untuk sama-sama dapat dikongsikan. Kepada rakan-rakan, doa-doakanlah agar saya diberikan kesihatan dan kelapangan menyumbangkan ilmu serta pengalaman untuk semua yang melawati blog saya ni..

Adios...

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...