Bajet 2011. Peluang buat Bisnes SOHO

Bajet bagi tahun 2011 telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Seperti biasa ada sahaja cakap-cakap positif tanda setuju, sokongan, kesyukuran, kegembiraan dan sebagainya malah cakap-cakap yang kurang bersetuju juga kedengaran dengan hujah masing-masing. Biasalah, siapa pun kita manusia biasa tidak akan dapat memenuhi kehendak semua orang walaupun sudah melakukan yang terbaik kerana setiap manusia punyai keperluan yang tersendiri.

Sepatutnya saya sudah menulis entri ni selepas pengumuman bajet 2 hari lepas. Tetapi memandangkan line jalur lebar ini terputus-putus, maka pada hari ini sahaja ianya dapat di baca. Kerajaan kini sangat menggalakkan bagi kita rakyat Malaysia menggunakan kemudahan jalur lebar. Bukanlah semata-mata untuk mencari keuntungan, tetapi bagi menaik tarafkan kehidupan kita bagi menjadi negara yang maju. Kerana teknologi amat cepat berkembang dan kita tidak seharusnya ketinggalan.

Model rumah dari batu mosaic oleh syarikat Daya Glokal Enterprise - Salah satu bisnes SOHO

Apa yang menarik, Perdana Menteri kita menyebut perkataan SOHO Small Office Home Office bagi mereka yang kurang upaya. Sebenarnya bukan sahaja kepada golongan OKU, malah peluang menjana pendapatan melalui kaedah SOHO ini mesti direbut oleh kita semua. SOHO adalah peluang bagi kita menjana pendapat dari rumah dengan risiko paling rendah serta penjimatan kos paling tinggi. Idea bagi melakukan bidang pekerjaan dan bisnes ini banyak. Saya akan kongsikan kepada Tuan/Puan pada bengkel saya yang akan datang pada awal bulan December 2010 ini nanti.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...