Memulakan bisnes dengan kaedah - Bootstrap!


Apakah yang dinamakan Bootstrap? Bagi sebilangan dari kita sudah sedia maklum akan maksud bootstrap dalam perniagaan. Bootstrap adalah modal kecil-kecilan dari simpanan atau bermodalkan wang sendiri tanpa meminjam dari sesiapa mahu pun institusi kewangan lain. 

Ramai dari kalangan kita ingin memulakan perniagaan tetapi sering mengeluh dan merungut.. “Alamak nak berniaga modal pulak takde.. mana nak cekau nih?" atau mungkin macam ni.. "Macam mana nak buat pinjaman dari bank ye?” Akhirnya hasrat ingin berniaga turut terkubur bersama niat yang pada awalnya untuk berjaya dalam perniagaan.

Terdapat banyak cara untuk kita memulakan perniagaan tanpa membuat pinjaman. (Sesekali jangan terlibat dengan ceti haram.. Namanya pun dah ada perkataan haram, so.. jangan buat pasal.. ) Banyak idea dapat dibuat malah ramai usahawan yang dah pun berjaya dengan bermodalkan kurang dari RM100! 

Tidak semestinya modal besar keuntungan pun besar. Dan tidak semestinya modal kecil keuntungan pun turut kecil. Yang penting kita bermula dengan jalan yang selamat. Pilihan ditangan kita, terpulang kepada kita bagi memilih jenis serta saiz bisnes yang kita mahukan.  Samada kita ini berani menanggung risiko atau bijak menangani risiko. Masing-masing punya pendapat tersendiri.

Yang perlu untuk kita lakukan adalah mencari idea dan banyakkan mencari, bertanya, membaca atau berguru dengan usahawan yang pakar dalam bidang masing-masing. Kini, hanya dengan sekali klik dah jumpa dah guru kita, tak payahlah susah payah mendaki ke Gunung Ledang. :)

p/s : Alhamdulillah, saya sendiri memulakan perniagaan tidak pernah menggunakan modal dari pinjaman mana-mana pihak. Modal saya hanyalah dari wang yang saya simpan dan memulakan bisnes dengan modal yang sangat kecil.



3 ulasan:

  1. motivasi yang cukup baik..sy pun pada mulanya,berniaga guna duit sendiri,tapi 2 thn yg lepas ada buat pinjaman.skrg bisnes slow mula terasa,pinjaman tu membebankn.

    BalasPadam
  2. Terimakasih Sharo. Maaf lambat reply kerana blog ini dalam pengubahsuaian.

    Saya memang mengelakkan dari membuat sebarang bentuk pinjaman.

    Terutama dari Ahlong.. Minta dijauhkan la.. :)

    BalasPadam
  3. Ingin berniaga tanpa membuat pinjaman? Emmmmmm......mcm mana ye?
    Jangan risau, saya ada jalannya.
    (Tuan tanah mintak izin buat promotion)

    Hanya bermodalkan RM10 atau ikut kemampuan anda mampu mejana pendapatan harian/bulanan.Tanpa perlu membuat pinjaman.Gunakanlah wang simpanan sendiri adalah lebih afdhal.

    Niaga apa tu?
    Anda boleh lihat sendiri apa yang kami niagakan di sini www.mastereload.com

    Macam mana nak mula?
    Hanya hubungi terus/SMS saya di talian 0137460037(Jod Rosza Zakaria).

    Kami tidak menjanjikan anda menjadi JUTAWAN tetapi kami menjanjikan anda menjadi USAHAWAN.

    BalasPadam

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...