Cepat benar masa berlalu. Hari esok (Sabtu), kami di Johor sudah pun memasuki modul ke-6 kursus Haji bagi ibadah haji untuk tahun 2026. Kursus kali ini lebih awal di mulakan dari tahun-tahun sebelumnya. Saya sudah menunaikan haji tahun ini 2025. Syukur dapat tunaikan rukun islam kelima bagi umat islam. Bagi saya perasaan gembira tidak dapat digambarkan kerana semua rukun telah dipenuhi, Alhamdulillah... Seronok rasanya. Terasa rindu nak ke sana lagi.
![]() |
| Sumber imej PDF : Kih Kesihatan - Scribd.com |
Bagi umat islam yang belum tunaikan ibadah haji, wajib ada niat bagi mengerjakannya. Inilah rukun yang menuntut pengorbanan zahir dan batin dan tidak berdosa jika seorang muslim yang baligh terhalang disebabkan masalah kewangan, kesihatan dan keterbatasan upaya untuk sampai ke sana. Tetapi, berdoa dan berusahalah.
Contohnya jika kesihatan dan kewangan tidak mengizinkan tahun ini, cubalah tahun hadapan. Keajaiban itu ada kerana tiada yang mustahil jika Allah berkehendak. (Bagi mengupah orang lain untuk badal haji terdapat syarat-syarat yang harus dipenuhi saya tidak akan bincangkan di sini).
![]() |
| Sumber imej PDF : Kementerian Kesihatan Malaysia |
Tahun 2026, tahap kesihatan sangat-sangat dititik beratkan. Sangat strict. Peraturan ini bukan dari kerajaan Malaysia melalui Tabung Haji, tetapi dari kerajaan Arab Saudi sendiri yang menetapkan perkara tersebut. Manakala petugas-petugas haji dikurangkan. Jika dimasukkan ke wad akan terus ke wad hospital kerajaan Saudi. Pihak Tabung Haji tidak dapat lagi menguruskan sepenuhnya jemaah haji Malaysia.
Apa yang lebih mendukacitakan jika pesakit masih lagi terlantar di wad pada hari wukuf di Arafah. Tidak ada lagi petugas haji kesihatan dari Tabung Haji yang dapat membawa pesakit berwukuf. Bila tidak berwukuf, maka tidak adalah haji untuk jemaah haji yang terlantar sakit di hospital untuk tahun tersebut. Ini kerana pihak kerajaan Saudi tidak akan membawa mereka berwukuf. Jadi, bagaimana masa dan wang ringgit yang telah mereka beri? Itu lah perkara yang saya faham untuk setakat ini.
![]() |
| kredit imej : Mysumber.com.my |
Tetapi saya yakin, pihak Tabung Haji akan melakukan sesuatu perancangan yang baik bagi jemaah haji Malaysia. InsyaAllah. Mari kita doakan agar semua diberi kesihatan yang baik dan berjalan dengan baik.. Aamiin. Setakat ini sahaja perkongsian dari saya. Doakan saya rajin menulis semula dan konsisten sebagai wadah ilmu untuk semua pembaca.
Wassalam..



0 Ruangan Komen:
Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...