Dah lama saya tak update sebarang post kat media sosial. Ada sebab nanti saya ceritakan kenapa saya tak munculkan diri terutama di fb ni. Tetiba malam semalam gatal pulak jari ni nak meng'upload' post. Rasa macam nak munculkan diri kat situ seperti kemunculan semula Mat Kilau di pawagam tempohari.
Tengok juga notifikasi individu yang nak add saya sebagai kawan. Dalam ramai-ramai tu ada seseorang yang menarik perhatian saya. Bukan awek cun tau! Ni kawan belajar dulu antara kawan-kawan yang dah lama saya cari. Approved. Tak lama saya lihat ada mesej di 'Messenger' satu benda yang dah lama saya tak peduli.. (kahkahkah - err kelakar ke?)
Mesej kawan saya tadi tu la.., pastu bersembanglah. Alamak.. lajak la pulak masa tido saya huhu.. tak boleh tahan mata ni sebab subuh saya kena bangkit untuk 'bersenam' pula. Saya cantas je perbualan teks tu agar dapat bersembang lagi di wasap. nombor tepon masing-masing menjadi sistem barter untuk di simpan. Sebelum tido, kat wasap, ternampak nama dah di masukkan ke dalam grup ex IKM Jasin. IKM Jasin ni adalah tempat saya belajar dalam bidang kemahiran dulu.
Hari ni, saya sedang sibuk mencari buku alamat lama dan gambar-gambar lama. Dah agak-agak berusia ni, terasa seronok nak mengingati nostalgia. Jentera otak ni cuba dihidupkan agar dapat mengingati kat mana semua tu saya simpan. enjin otak ni kena selalu start. Kalau tak, mungkin kita akan jadi pelupa. Saya selalu pesan kepada isteri agar rajin-rajin membaca, ia bagus dalam membantu proses mengingat, selain itu, makanlah vitamin untuk kesihatan tubuh dan otak sebab saya tak mahu nanti, isteri tak mengenali suaminya... Parah dah tu.. kihkihkih.
Doa lah agar dapat kawan-kawan yang baik. Kawan yang baik, gembira dan menangis bersama. Kawan yang baik akan membantu kita keluar dari kekusutan hidup melalui apa juga bantuan. Err.. bukan dimaksudkan bantuan kewangan je ye sebab selalunya kalau pasal duit ni kawan boleh jadi lawan.. hehe..Dapat kawan yang baik, boleh jadi mereka akan membawa kita ke syurga.
Ok, bila dah jumpa kawan-kawan lama kat media sosial ni biasalah, lepas tu terfikir nak gather-gather pulak.. Jadi kita tunggu apa yang nak jadi pulak.. Semoga diberi kesihatan dan dipanjangkan umur dapat lah peluang untuk berjumpa lagi.. Insya-Allah.
*Teringat kena ragging bersama-sama masa duduk asrama dulu. Mungkin sebab itu yang menjadikan kami lebih menghargai nilai persahabatan.
0 Ruangan Komen:
Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...